
Kalau anda sedang mencari resepi dumpling yang unik dan lain daripada biasa, menu viral di TikTok ini memang wajib cuba. Bukan dumpling goreng biasa atau dumpling sup, tetapi versi Dumpling Lasagna yang berlapis, juicy dan penuh rasa.
Menu ini mula mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan di TikTok kerana nampak premium, menyelerakan dan paling penting sangat mudah disediakan di rumah. Menariknya, anda hanya perlukan kulit dumpling dan inti daging berempah untuk hasilkan hidangan ala fusion yang viral ini.
Lebih best, tak perlu guna oven pun. Kukus sahaja dan siap!
Baca juga: Mee Wantan Sup Ala Restoran Cina, Kuah Jernih Dan Dumpling Lembut Cukup Rasa!
RESEPI DUMPLING LASAGNA VIRAL TIKTOK

Bahan-bahan:
- Kulit dumpling
- 400g daging cincang
- Daun bawang secukupnya
- 3 sudu makan bawang putih cincang
- 1 sudu makan halia cincang
- 4 sudu makan kicap masin
- 2 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan cuka
- ½ sudu makan lada sulah
- 3 sudu makan minyak cili
Cara-cara penyediaan:
1. Sediakan Inti Dumpling
Masukkan daging cincang ke dalam bekas dan gaulkan bersama daun bawang, bawang putih, halia, kicap masin, minyak bijan, cuka, lada sulah dan minyak cili sehingga semua bahan sebati.
2. Lembutkan Kulit Dumpling
Celupkan kulit dumpling ke dalam sedikit air supaya teksturnya lebih lembut dan mudah disusun nanti.
3. Susun Lapisan Dumpling
Alaskan bekas kukusan dengan aluminium foil terlebih dahulu.
Kemudian, susun kulit dumpling sebagai lapisan pertama. Letakkan inti daging di atasnya dan tekan perlahan supaya padat.
Ulang langkah sama beberapa kali sehingga membentuk lapisan seperti lasagna.
4. Kukus Hingga Masak
Curahkan sedikit air di bahagian atas lapisan terakhir untuk memastikan tekstur dumpling lebih lembut dan moist.
Kukus selama kira-kira 30 hingga 35 minit atau sehingga inti daging masak sepenuhnya.
5. Siap Dihidang
Selepas masak, taburkan daun bawang, bijan, minyak cili dan sedikit kicap masin sebagai penambah rasa.
Memang nampak menyelerakan dan berjus!
Tips Buat Resepi Dumpling Lebih Sedap
- Pilih Daging Yang Ada Sedikit Lemak
Daging yang mempunyai sedikit lemak akan menghasilkan inti yang lebih juicy selepas dikukus.
- Jangan Letak Inti Terlalu Tebal
Lapisan inti yang terlalu tebal boleh menyebabkan bahagian tengah lambat masak dan tekstur jadi kurang sekata.
- Tambah Cheese Untuk Rasa Lebih Creamy
Kalau suka rasa ala fusion, boleh tambah mozzarella di antara lapisan dumpling.
- Gunakan Api Sederhana
Kukus menggunakan api sederhana supaya kulit dumpling tidak terlalu lembik atau hancur.
Memang Berbaloi Cuba Resepi Dumpling Viral Ini
Bagi penggemar dumpling, memang rugi kalau tak cuba resepi dumpling viral TikTok ini. Gabungan kulit dumpling lembut bersama inti daging pedas dan juicy memang buat ramai nak tambah lagi.
Bukan sahaja mudah dibuat, malah hasilnya nampak mewah walaupun menggunakan bahan yang ringkas.
Sesuai sangat untuk dijadikan menu makan malam, potluck atau hidangan hujung minggu bersama keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: akiejack
Baca juga: Cara Buat Dim Sum Guna Kulit Popia Vietnam, Lebih Sedap Dari Biasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














