
Siapa yang tak suka tengok gambar menu makanan yang cantik, kan? Ia memang teknik pemasaran yang berkesan untuk menarik orang singgah. Tapi kadangkala, penggunaan gambar AI yang terlalu sempurna boleh menimbulkan rasa kecewa buat pelanggan jika realitinya tidak sama.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang pengguna media sosial yang meluahkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap sebuah kedai makan. Mana tidaknya, ‘expectation’ terhadap makanan yang dipesan hancur berkecai sebaik saja hidangan sampai ke meja.
Baca juga: Dari Kotak Susu Jadi Pemegang Minuman, Kreativiti Barista Stesen Minyak Ini Curi Perhatian Netizen!
GAMBAR MENU MAKANAN INDAH KABAR DARI RUPA

Menurut hantaran tersebut, pelanggan berkenaan menceritakan situasi di mana dia sedang dalam keadaan lapar dan serabut dengan pelbagai masalah. Niat hati nak tenangkan fikiran dengan makanan yang sedap, tapi apa yang dapat hanyalah kekecewaan.
“Tolonglah nak meniaga tu jangan guna gambar AI. Bayangkan orang tengah lapar, dengan kepala otak tengah kusut… last-last dapat makanan macam ni. Kecewa betul!” tulisnya.
Paling menyedihkan hati pelanggan apabila makanan yang dinantikan sampai dalam keadaan yang sangat menghampakan. Sudahlah teksturnya keras dan liat seperti tidak dimasak dengan betul, ia juga sejuk dan langsung tidak menyelerakan untuk dimakan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut dan simpati melihat keadaan hidangan tersebut. Ada yang sempat berseloroh sinis namun dalam nada kecewa:
“Ya Allah, dagingnya senipis iman!” tulis salah seorang netizen.
“Sakitnya hati tengok daging tu. Ni kalau saya pun terus ‘spoil mood’ nak makan,” tambah yang lain.
Malah, ada juga yang menyamakan saiz daging tersebut dengan hidangan lain, “Ni bukan steak, ni bacon namanya. Nipis sangat!”
Sumber: Thread
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














