karipap ikea

Kalau sebut tentang karipap IKEA, pasti ramai rakyat Malaysia sudah terbayang rasa rangup di luar, inti kentang yang lembut di dalam serta harga yang masih kekal mampu milik sejak puluhan tahun. Menariknya, karipap ini bukan sekadar makanan ringan biasa, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada budaya santai pelanggan IKEA di Malaysia.

Terbaru, IKEA Malaysia mencatat pencapaian luar biasa apabila berjaya menjual sebanyak 8.6 juta biji karipap dalam tempoh setahun. Angka ini sekali gus melayakkan mereka menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori jualan karipap terbanyak di negara ini.

Menurut Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, kejayaan ini bukan hanya tentang angka jualan semata-mata, tetapi lebih kepada hubungan emosi antara jenama dan pelanggan.

“Karipap IKEA sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian ramai pelanggan sama ada selepas membeli-belah atau ketika meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.

“Pengiktirafan ini menggambarkan bagaimana makanan mampu menyatukan masyarakat dan mencipta kenangan bersama,” katanya kepada media di Majlis Pengiktirafan MBOR bagi kategori ‘Jualan Karipap Terbanyak dalam Setahun’, di sini, hari ini.

Baca juga: Netizen Puji Aeon Taman Universiti Sedia Sudut Khas Untuk Resipi KA, Tak Perlu Cari Sana Sini!

Harga Karipap Ikea RM1.40 sejak puluhan tahun, masih kekal mampu milik

karipap ikea

Apa yang paling menarik tentang karipap IKEA ialah harganya yang hampir tidak berubah sejak 30 tahun lalu. Ketika mula diperkenalkan, harganya hanya RM1 sebiji, dan kini masih kekal berpatutan pada RM1.40 sahaja.

Walaupun berdepan peningkatan kos bahan mentah, minyak dan tekanan ekonomi global, IKEA Malaysia tetap memilih untuk mengekalkan harga rendah demi pelanggan.

“Harga bahan mentah dan minyak meningkat selain tekanan faktor geopolitik global, namun kami memilih untuk tidak menaikkan harga secara agresif kerana karipap ini melambangkan komitmen kami terhadap kemampuan harga dan kualiti,” katanya.

Lebih 2,000 produk diturunkan harga

Bukan setakat makanan, IKEA Malaysia juga dilaporkan telah menurunkan harga sehingga 2,000 produk dalam tempoh dua tahun lalu. Strategi ini akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati produk IKEA pada harga lebih berpatutan.

Menurut Pengurus Makanan IKEA Malaysia, Raymand Yeastman, karipap IKEA telah menjadi simbol kebersamaan yang merentas generasi pelanggan.

“Pencapaian ini membuktikan sesuatu yang ringkas mampu menjadi simbol kebersamaan dan kegemaran ramai,” katanya.

Kempen #IKEAripapYourWay & sambutan istimewa

Bersempena pencapaian ini, IKEA Malaysia turut melancarkan kempen #IKEAripapYourWay yang menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi kreativiti dan pengalaman menikmati karipap IKEA.

Sebagai tanda penghargaan, IKEA turut mengagihkan 500 karipap percuma di empat cawangannya pada 8 Mei sempena sambutan ulang tahun ke-30.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Peniaga Di Labuan Buat Ramai Kagum, Makanan Dijual Siap Ada Label Macam Barang Pasar Raya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN