
Kalau selalu jadi nasi lembik atau keras, sebenarnya bukan beras yang salah — tapi cara memasak beras wangi yang perlu betul. Ramai tak sedar, beras wangi tak sama macam beras biasa, dan kalau guna sukatan “agak-agak” memang mudah gagal.
Dalam artikel ini, kita akan kongsikan cara memasak beras wangi yang paling simple, confirm menjadi dan sesuai untuk semua jenis hidangan.
Baca juga: Cara Nak Pekatkan Kuah Paling Mudah Guna Beras, Confirm Kuah Kari & Sup Lagi Padu!
CARA MEMASAK BERAS WANGI (PALING MUDAH DAN CONFIRM JADI)

1. Cuci beras hingga bersih
Basuh beras wangi 2–3 kali sehingga air bilasan kurang keruh. Ini membantu kurangkan kanji supaya nasi tak melekat.
2. Guna sukatan 1:1 (ini rahsia utama!)
Untuk cara memasak beras wangi yang betul, guna ratio berikut:
- 1 cawan beras wangi
- 1 cawan air
Tak perlu guna jari untuk ukur paras air.
3. Masak guna rice cooker seperti biasa
Masukkan beras dan air, kemudian tekan “cook”. Jangan kacau semasa proses memasak.
4. Biarkan nasi rehat selepas masak
Selepas rice cooker bertukar ke mode “warm”, biarkan dalam 5–10 minit sebelum digaul perlahan.

Tips Penting Supaya Nasi Beras Wangi Jadi Sempurna
- Jangan terlebih air — ini punca utama nasi lembik
- Kurang air lebih baik daripada terlebih
- Jangan buka penutup terlalu awal
- Gunakan beras wangi berkualiti untuk hasil lebih harum
- Biarkan nasi “steam” sekejap selepas masak
Cara Memasak Beras Wangi Untuk Nasi Lemak & Nasi Ayam
Teknik ini juga sesuai untuk hidangan lain seperti nasi lemak dan nasi ayam.
- Gantikan air dengan santan atau campuran air + santan
- Pastikan jumlah cecair tetap ikut ratio 1:1 beras
Contoh:
5 cawan beras = 5 cawan campuran air + santan
Kalau Nasi Terlebih Keras, Jangan Buang!
Kalau tersilap dan nasi jadi keras:
- Kukus semula 10–15 minit
- Letak sedikit air di bawah pengukus
Hasilnya nasi akan kembali lembut dan sedap dimakan.
Kenapa Beras Wangi Jadi Pilihan Ramai?
Bila kena cara masak beras wangi yang betul, nasi akan jadi:
- Gebu
- Wangi semula jadi
- Tak lembik dan tak keras
- Sesuai untuk lauk berkuah atau goreng
Memang sedap dimakan bersama ayam goreng, sambal atau ulam-ulaman.
Kunci utama dalam cara masak beras wangi adalah satu sahaja — sukatan 1:1 beras dan air. Nampak simple, tapi inilah rahsia nasi yang sentiasa jadi cantik setiap kali dimasak.
Tak perlu lagi guna cara lama yang agak-agak. Ikut teknik ini, insyaAllah nasi akan sentiasa gebu, wangi dan perfect.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Chooyaya Secret Garden
Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














