perapan ayam bakar madu

Perapan ayam bakar madu memang jadi rahsia utama untuk hasil ayam yang lebih sedap, juicy dan penuh rasa sampai ke dalam isi. Bila bahan perapan seimbang antara manis, masin dan sedikit pedas, memang susah nak berhenti makan.

Ramai suka menu ayam bakar sebab mudah disediakan dan sesuai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Nak makan dengan nasi putih panas, kentang putar atau salad pun memang ngam.

Kalau ada air fryer di rumah memang lagi senang kerja. Tak perlu guna arang atau oven besar pun tetap boleh dapat ayam bakar yang cantik dan menyelerakan. Lagi lama ayam diperap, lagi sedap rasa dia kerana perapan lebih meresap ke dalam isi ayam.

Baca juga: Resipi Ayam Garlic Goreng Rangup, Perap Guna Bahan Ringkas Tapi Wangi Satu Rumah!

RESIPI PERAPAN AYAM BAKAR MADU

perapan ayam bakar madu

Bahan-bahan:

  • Beberapa ketul ayam
  • 3/4 sudu besar madu
  • 6–7 sudu besar kicap manis
  • 6 sudu besar sos black pepper
  • 4 sudu besar sos cili
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 1/2 sudu besar serbuk basil

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan madu, sos cili, kicap manis, garam dan aji ke dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan ayam ke dalam campuran tadi. Taburkan serbuk basil dan gaul rata supaya semua bahagian ayam bersalut sempurna dengan perapan.
  3. Simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam. Kalau nak rasa lebih padu, boleh perap semalaman.
  4. Bakar ayam menggunakan air fryer pada suhu 160–180°C selama 28–30 minit. Sesekali, sapu lebihan perapan pada ayam supaya lebih berkilat dan juicy.
  5. Jika suka ayam lebih garing, boleh tambah masa bakar sehingga 35–40 minit bergantung pada saiz ayam.
  6. Siap untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih atau salad segar.

Sumber: Nasiah Nass Alias

Baca juga: Resipi Ayam Stim Halia Paling Senang, Tak Tumis Tak Goreng Tapi Sedap Luar Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN