ayam garlic

Kalau korang tengah cari idea lauk simple tapi “padu” untuk makan tengah hari atau malam, ayam garlic goreng ini memang wajib cuba. Bau bawang putih yang wangi, ditambah rasa umami dari sos tiram memang buat selera terus naik.

Resipi ini jenis cepat dan tak renyah, sesuai sangat untuk hari sibuk atau bila tiba-tiba malas nak masak menu berat. Sekali goreng, confirm sekejap saja terus licin satu pinggan!

Baca juga: Resipi Ayam Stim Halia Paling Senang, Tak Tumis Tak Goreng Tapi Sedap Luar Biasa!

RESIPI AYAM GARLIC GORENG RANGUP

ayam garlic

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong ikut suka, bersihkan)
  • 1–2 labu bawang putih
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sos tiram secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 3–4 sudu besar tepung jagung

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar bawang putih bersama sedikit daun ketumbar dan sos tiram hingga halus.
  2. Gaulkan bahan kisar tadi bersama ayam yang sudah dibersihkan. Tambah garam secukup rasa.
  3. Perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua rasa meresap dengan baik.
  4. Sebelum menggoreng, masukkan tepung jagung dan gaul rata supaya ayam jadi lebih rangup bila digoreng.
  5. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keperangan dan masak sepenuhnya.
  6. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang panas-panas!

Sumber: Thread @azurajamaludin81

Baca juga: Rahsia Masak Ayam Kurma Berkuah Pekat & Wangi, Kena Ikut Teknik ‘Tumis 3 Kali’ Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN