
Roti butter kaya memang antara menu breakfast paling simple tapi kalau kena cara, memang boleh jadi luar biasa sedap macam di kafe terkenal.
Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita di Threads jadi perhatian ramai selepas dia berkongsi cara buat roti butter kaya homemade yang dikatakan rasa “sebijik” macam menu di The Coffee Bean & Tea Leaf.
Lebih menarik, suaminya sendiri siap request buat lagi selepas pertama kali cuba.
“Semalam buat, bekal breakfast husband pagi tadi buat lagi semuanya sebab husband request dia cakap SEDAP SANGAT!”
Baca juga: Isu Roti Katanya Dicucuk Jarum Diberi Makan Kepada Anjing Liar Tular, Netizen Risau & Kasihan!
RESIPI ROTI BUTTER KAYA VIRAL ALA COFFEE BEAN

Menurut perkongsian pengguna Threads, @syida_omey, dia hanya menggunakan beberapa bahan asas yang mudah didapati di pasar raya.
Antara bahan digunakan:
- Roti putih Gardenia
- Kaya Yeo’s
- Butter salted Anchor
- Telur separuh masak
Walaupun nampak simple, gabungan bahan dan cara penyediaan yang betul buat rasa dia jadi premium macam makan di coffee house.
RAHSIA ROTI BUTTER KAYA JADI SEDAP DAN CANTIK
Ramai tak sangka sebenarnya ada beberapa trik penting untuk hasilkan roti butter kaya yang rangup, cantik dan tak cepat lembik.
1. Bakar roti sekejap sahaja
Roti dibakar pada suhu tinggi sekitar 300°C selama 1 hingga 2 minit sahaja menggunakan api atas bawah.
Cara ini bantu bagi tekstur luar yang garing tetapi masih lembut di bahagian dalam.
2. Butter kena frozen dulu
Butter Anchor disimpan dalam freezer terlebih dahulu sebelum digunakan.
Bila butter sedikit keras, lebih mudah dipotong tebal dan hasilnya nampak lebih kemas bila dikepil bersama roti.
3. Sapu kaya terus lepas bakar
Lepas roti siap dibakar, terus sapukan kaya supaya rasa lebih lemak, wangi dan mudah meresap pada roti panas.
4. Potong selepas kepil roti
Untuk dapatkan rupa klasik ala kafe, kepil roti dahulu sebelum potong bahagian tengah.
Hasilnya memang nampak aesthetic dan lebih menyelerakan.
CARA BUAT TELUR SEPARUH MASAK GUNA MICROWAVE
Selain roti butter kaya, satu lagi bahagian yang buat ramai teruja ialah cara mudah buat telur separuh masak.
Menurutnya, dia beberapa kali cuba guna air panas tetapi asyik jadi telur rebus biasa.
Akhirnya dia cuba teknik microwave menggunakan suhu paling rendah sekitar 2 minit sahaja.
“Lagi senang pakai microwave buat telur separuh masak rupanya.”
Ramai netizen turut kata cara ini sangat membantu terutama untuk sarapan pagi yang cepat dan mudah.
NETIZEN MENGAKU TERUS LAPAR TENGOK HASIL
Di ruangan komen, ramai netizen mengaku terus craving selepas tengok gambar roti butter kaya tersebut.
Ada juga yang kata menu ini memang sesuai dijadikan breakfast harian sebab bahan mudah, jimat dan nampak premium macam beli di kafe mahal.
Kalau anda tengah cari idea sarapan viral yang mudah dibuat di rumah, roti butter kaya ini memang wajib cuba!
Selamat mencuba!
Sumber: syida_omey
Baca juga: Resipi Roti Boy Guna Roti Gardenia Paling Mudah, Tak Perlu Uli Doh Pun Jadi Gebu & Wangi Kopi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














