cara memasak nasi goreng

Cara memasak nasi goreng gaya orang lama ini memang tiada lawannya. Walaupun bahan yang digunakan sangat ringkas, rasanya tetap luar biasa. Kadang-kadang cuma guna bawang, cili dan ikan bilis saja, tapi sekali makan memang bertambah-tambah.

Inilah antara menu penyelamat bila dekat rumah ada nasi lebih semalam. Tak perlu lauk mewah atau bahan mahal, cukup dengan bahan asas dapur yang selalu ada. Lagi sedap bila dimakan panas-panas bersama telur mata atau timun potong.

Resipi ini juga sesuai untuk orang bujang, pelajar atau ibu yang nak masak cepat untuk keluarga. Cara masaknya pun mudah dan tak renyah. Yang penting, bahan tumbuk itu memang jadi rahsia utama bagi menaikkan aroma dan rasa nasi goreng jadi lebih padu.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Thai Sedap Macam Di Kedai, Bau Tumis Saja Dah Buat Perut Lapar!

CARA MEMASAK NASI GORENG ‘ORANG LAMA’

cara memasak nasi goreng

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili merah atau cili padi
  • Segenggam ikan bilis
  • Sedikit garam
  • 2 biji telur
  • Nasi sejuk
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili, ikan bilis dan sedikit garam sehingga agak lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dan kacau seketika.
  3. Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng sehingga naik bau serta sedikit garing.
  4. Masukkan nasi dan gaul rata sehingga semua bahan sebati dengan nasi.
  5. Kacau dan goreng beberapa minit sehingga nasi panas dan berderai cantik.
  6. Siap untuk dihidangkan. Lagi sedap makan panas-panas.

Sumber: Thread @has_9883

Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Tomyam Sedap Macam Dekat Kedai Thai, Rasa Masam Pedas Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN