basque burnt cheesecake​

Basque burnt cheesecake antara dessert paling popular, bukan saja di kafe hipster malah ramai juga dah mula buat sendiri di rumah. Dengan tekstur luar yang sedikit hangus dan dalam yang lembut berkrim, tak hairanlah basque burnt cheesecake inii menjadi kegemaran ramai.

Kalau jenis yang suka dessert simple tapi nampak premium, resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial Thread ini memang sesuai sangat. Tak perlu teknik susah atau bahan pelik-pelik, hanya guna bahan asas yang mudah dapat, dah boleh hasilkan kek yang rasa macam beli di kafe mahal.

Menariknya, resipi ini yang dikongsikan oleh empunya resipi ini sangat sedap sampai buat suaminya ketagih dan asyik minta muat! Jadi, kalau tengah cari idea dessert untuk minum petang atau nak jamu tetamu, ini antara yang wajib cuba.

Baca juga: Kek Marjerin Klasik Gebu & Lembut, Rasa Nostalgia ‘Kek Kampung’ Dulu-Dulu!

RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE

basque burnt cheesecake​

Bahan-bahan:

  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan gula
  • 200ml whipping cream
  • 2 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar hingga adunan menjadi halus dan sebati.
  2. Sediakan loyang dan lapik dengan baking paper. Pastikan kertas lebih tinggi dari loyang untuk efek “burnt” yang cantik.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  4. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200°C selama 15 minit.
  5. Bakar kek selama 30 hingga 40 minit atau sehingga bahagian atasnya keperangan dan nampak sedikit hangus.
  6. Keluarkan kek dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  7. Setelah sejuk, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum dipotong untuk hasil tekstur yang lebih sedap.

Sumber: Thread @nadineaureli4

Baca juga: Resipi Kek Buah Kukus Moist & Padat, Ini Rahsia Supaya Kek Tak Hancur Bila Dipotong

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN