
Kadang-kadang pening juga nak fikir menu sarapan atau minum petang untuk anak-anak, kan? Nak yang cepat, sedap, tapi pada masa sama mengenyangkan. Kalau buat roti kosong saja, mesti ada yang merungut. Tapi bila cuba resipi roti telur macam ini, memang jadi rebutan! Siap ada yang minta tambah lagi!
Menariknya resipi roti telur ini, teksturnya lembut dan tak kering walaupun dah sejuk. Tak terlalu manis, jadi sesuai dimakan begitu sahaja atau nak tambah topping ikut selera pun boleh. Paling menarik, bahan pun ringkas dan memang selalu ada dekat dapur.
Untuk yang ada anak kecil atau baby pun boleh cuba versi khas yang lebih sesuai. Hanya tukar beberapa bahan dan tetap dapat tekstur lembut yang sama. Jom kita tengok resipi penuh di bawah!
Baca juga: Resipi Mantou Sandwic Sardin, Padanan Roti Rangup Dengan Inti Pedas Memang Padu & Kenyang!
RESIPI ROTI TELUR YANG LEMBUT & TAK KERING

Bahan-bahan:
- 2 biji telur gred C
- 2 sudu kecil susu pekat manis
- 1 cubit garam
- 2 sudu besar susu segar (optional)
- 3 keping roti – potong 4
- Minyak untuk menggoreng (agak banyak)
- 1 sudu besar butter (optional, untuk rasa lebih sedap)
Cara-cara penyediaan:
- Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan susu pekat manis, garam serta susu segar jika guna. Kacau hingga sebati.
- Panaskan minyak dalam kuali. Boleh tambah sedikit butter untuk rasa lebih lemak dan wangi.
- Celup roti ke dalam bancuhan telur. Pastikan roti direndam seketika supaya bancuhan meresap sampai ke dalam dan teksturnya jadi lembut.
- Bila minyak sudah panas, masukkan roti dan goreng hingga keperangan. Terbalikkan supaya masak sekata di kedua-dua belah.
- Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!
- Tambahan kalori: boleh sapu peanut butter, cream cheese, keju atau unsalted butter di atas roti.
Versi baby (lebih sihat & sesuai):
- Gantikan susu pekat manis dengan 3 sudu besar susu tepung.
- Jika ada susu segar, boleh tambah sedikit. Kalau tiada, gantikan dengan 2–3 sudu air.
- Boleh juga guna pes kurma sebagai pemanis semula jadi.
- Untuk baby 1 tahun ke atas, boleh guna sedikit madu.
- Jika tiada semua bahan di atas, boleh kisar buah dan jadikan sebagai topping.
Sumber: Thread @ohmaliq
Baca juga: Resipi Roti Sardin Telur Ringkas & Sedap, Menu Sarapan Cepat Yang Tak Pernah Jemu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














