cara buat pengat pisang

Cara buat pengat pisang sebenarnya sangat mudah. Pencuci mulut ini memang antara kegemaran ramai di Malaysia, terutama bila waktu minum petang bersama keluarga. Resepi ini ringkas dan tak perlu bahan pelik, tapi rasanya tetap sedap dan mengenyangkan.

Biasanya ramai risau pisang cepat hancur bila dimasak dengan santan. Jangan risau! Dengan teknik masak yang betul, pisang tetap cantik bentuknya, lembut dan manis semula jadi. Tambah lagi dengan aroma daun pandan, bau wangi satu masuk dapur dibuatnya!

Pengat pisang ini boleh dimakan panas-panas masa baru siap atau sejukkan dalam peti ais untuk dijadikan pencuci mulut sejuk yang menyegarkan. Boleh dinikmati mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing.

Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang “Montok” & Gebu, Letak Satu Bahan Ini Terus Jadi

CARA BUAT PENGAT PISANG SAGU

cara buat pengat pisang

Bahan-bahan:

  • 10 biji pisang (boleh guna pisang emas atau pisang awak)
  • 1 kotak santan (sekitar 200–250 ml)
  • ½ cawan sagu
  • Gula kabung atau gula melaka (secukup rasa)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong pisang secara serong kepada 3–4 bahagian setiap biji.
  2. Didihkan kira-kira 1 liter air dalam periuk.
  3. Masukkan daun pandan untuk aroma wangi.
  4. Tambahkan sagu, kacau perlahan-lahan sehingga sagu menjadi jernih dan hampir masak.
  5. Tuang santan, kacau perlahan supaya santan tidak berketul.
  6. Masukkan gula dan garam, kacau hingga semua sebati. Sesuaikan manis ikut selera.
  7. Akhir sekali, masukkan pisang dan masak sekejap sahaja supaya pisang tidak hancur.

Sumber: BellaNasz Nasz

Baca juga: Resipi Lempeng Isi Kelapa Cara Orang Dulu-Dulu, Wangi Dibakar Atas Daun Pisang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN