lempeng isi kelapa

Lempeng isi kelapa merupakan antara kuih tradisional lama yang masih digemari hingga hari ini. Diperbuat daripada pisang masak ranum dan inti kelapa parut, kuih ini terkenal dengan rasanya yang lemak manis serta aroma daun pisang yang dibakar.

Berbeza dengan lempeng biasa, lempeng isi kelapa mempunyai isi kelapa di bahagian tengah yang menaikkan rasa dan teksturnya. Ia dibakar atas kuali bersama daun pisang, menjadikan rasanya lebih wangi dan klasik. Sesuai dijadikan hidangan sarapan atau minum petang bersama minuman panas.

Baca juga: Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

RESIPI LEMPENG ISI KELAPA

lempeng isi kelapa

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

  1. Pisang yang telah masak ranum dilenyek sehingga hancur. Masukkan sedikit air, tepung gandum dan gula, kemudian gaul sehingga sebati. Sukatan tepung perlu sederhana, tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, hampir sama seperti adunan cucur atau cekodok.
  2. Sediakan inti dengan menggaul kelapa parut bersama sedikit garam. Gaul rata supaya rasa lemak kelapa lebih menyerlah dan seimbang.
  3. Ambil daun pisang dan sudukan adunan pisang ke atasnya. Leperkan adunan mengikut ketebalan yang diinginkan. Taburkan inti kelapa parut di atas adunan, kemudian lipat daun pisang dengan kemas.
  4. Bakar di atas kuali dengan api sederhana sehingga daun pisang sedikit hangus dan kuih masak sepenuhnya serta mengeluarkan aroma wangi.

Sumber: Seri Laila

Baca juga: Resipi Lempeng Kampung, Ikut Cara Ini Dijamin Gebu & Lembut Elok

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN