resipi cekodok

Resipi cekodok pisang yang bulat dan gebu sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka jika anda tahu teknik yang betul.

Ramai yang mengeluh bila buat sendiri di rumah, hasilnya sering jadi leper, lembik atau terlalu banyak menyerap minyak sehingga potong selera nak makan.

Walaupun nampak ringkas, tekstur yang “montok” dan bulat cantik itulah yang membezakan dengan cekodok biasa.

Rahsia untuk mendapatkan tekstur yang sangat gebu dan ringan adalah dengan menggunakan tepung kek dan sedikit mentega cair. Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Cucur Udang Bulat & Tak Berminyak, Adunan Pun Tak Melekat Pada Senduk

RESIPI CEKODOK PISANG MONTOK DAN GEBU

resipi cekodok

Bahan-Bahan:

  • 5 biji pisang emas (pastikan yang betul-betul masak atau ranum untuk rasa manis semula jadi)
  • 1 cawan tepung kek (rahsia untuk tekstur yang lebih ringan dan gebu)
  • 2 sudu besar tepung beras (untuk efek sedikit rangup di luar)
  • 1 sudu besar mentega (dicairkan terlebih dahulu)
  • 1 sudu besar gula (boleh tambah atau kurang ikut tahap kemanisan pisang)
  • ½ cawan kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja untuk rasa lemak)
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • Sedikit garam (untuk bangkitkan rasa lemak manis)

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, kupas pisang dan lenyekkan sehingga hancur. Jangan risau kalau ada ketulan kecil, itu yang buat cekodok rasa lebih “umph”.
  2. Masukkan gula, garam, kelapa parut dan mentega cair. Kacau rata. Kemudian, masukkan tepung kek, tepung beras dan soda bikarbonat.
  3. Gaul semua bahan sehingga sebati. Pastikan adunan anda sedikit kental (lebih pekat daripada adunan cekodok biasa). Kalau rasa terlalu lembik, boleh tambah sedikit lagi tepung kek sedikit demi sedikit.
  4. Ini langkah penting! Perap adunan selama 20 minit. Proses ini bertujuan untuk memberi ruang kepada soda bikarbonat bertindak balas supaya cekodok naik cantik masa digoreng nanti.
  5. Panaskan minyak yang banyak. Gunakan kaedah tradisional: ambil segenggam adunan, kemudian picit keluar di celah ibu jari dan jari telunjuk untuk dapatkan bentuk bulat yang cantik.
  6. Gunakan api sederhana supaya bahagian dalam masak sekata dan luar tidak cepat hangus. Angkat dan toskan.

Sumber: Saadiah Husin

Baca juga: Resipi Cucur Jagung Yang Rangup Sampai Malam, Dah Sejuk Pun Masih Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN