blueberry muffin

Blueberry muffin adalah snek yang mudah disediakan dan sesuai untuk sarapan atau minum petang. Aroma blueberry yang manis masam dan vanilla yang harum membuatkan muffin ini sukar ditolak.

Resipi ini juga mudah diikuti dan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati. Anda boleh guna blueberry segar atau beku dan susu segar boleh digantikan cuka jika tiada. Semua bahan fleksibel dan mudah dicari di mana-mana pasar raya.

Blueberry muffin gebu ini sangat sesuai untuk dikongsi bersama keluarga atau rakan. Teksturnya yang lembut, manis sederhana, dan aroma buah yang menyegarkan menjadikannya pilihan ideal untuk dicuba di rumah.

Baca juga: Resepi Muffin Pisang Coklat Chip Semudah ABC, Gebu & Moist Walau Guna Blender!

RESEPI MUFFIN BLUEBERRY

blueberry muffin

Bahan-bahan:

  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
  • 100g blueberry segar atau beku
  • 1/2 cawan gula halus
  • 6 sudu besar butter (dicairkan)
  • 1 biji telur saiz besar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/3 cawan susu segar + 1 sudu kecil jus lemon (boleh gantikan cuka atau skip)

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, baking powder, garam dan blueberry. Gaul sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul gula halus, butter cair, telur dan esen vanilla sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kemudian tambah susu + jus lemon, kacau perlahan hingga semua sebati. Jangan terlebih kacau (over-mix_ supaya muffin tetap gebu.
  4. Masukkan adunan ke dalam paper cup, isi 3/4 penuh.
  5. Panaskan oven pada 180°C. Sediakan loyang muffin dengan paper cup.
  6. Bakar selama 25–30 minit atau sehingga muffin kekuningan dan lidi yang dicucuk keluar bersih.
  7. Biarkan muffin sejuk sedikit sebelum dihidang.

Sumber: Rose Maya

Baca juga: Resipi Muffin Coklat Chip Ringkas Tanpa Mixer & Blender, Anak-Anak Pun Suka!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN