ayam black pepper

Ayam black pepper antara menu yang selalu jadi pilihan bila mahu masak lauk yang cepat tetapi tetap sedap. Dengan kuah yang pekat, berempah dan aroma lada hitam yang menyengat, hidangan ini memang cukup membuka selera.

Dalam rutin harian yang sibuk, menu seperti ini sangat membantu kerana tidak perlukan banyak bahan atau langkah yang rumit. Semua bahan pun mudah didapati dan cara memasaknya pun cepat. Walaupun ringkas, hasilnya tetap sedap dan sesuai untuk hidangan keluarga.

Menariknya, ayam black pepper ini juga boleh diolah ikut selera masing-masing. Ada yang suka tambah sayur seperti lobak merah atau capsicum untuk bagi lebih warna dan rasa. Apa pun caranya, hidangan ini pasti sentiasa jadi kegemaran.

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Crispy Yang Lagi ‘Wow’ Dari Biasa, Confirm Jadi Kegemaran Keluarga!

RESEPI AYAM BLACK PEPPER

ayam black pepper

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian isi (digoreng separuh masak)
  • Bawang merah (dicincang)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Halia (dicincang)
  • Cili padi (dicincang)
  • Cili merah (dicincang)
  • Lobak merah (dihiris nipis)
  • Daun bawang (dihiris, untuk hiasan)
  • Sos black pepper segera
  • Sedikit sos cili
  • Gula atau perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air (jika perlu)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan cili merah sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  3. Masukkan sos black pepper bersama sedikit sos cili. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi, kemudian gaul rata supaya sos menyelaputi ayam.
  5. Tambahkan hirisan lobak merah dan sedikit air jika perlu. Biarkan masak hingga kuah sedikit pekat.
  6. Perasakan dengan gula atau perasa mengikut citarasa masing-masing.
  7. Taburkan daun bawang sebagai hiasan sebelum tutup api.
  8. Siap dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga:

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN