nasi goreng cili

Nasi goreng cili padi memang antara menu ringkas yang tak pernah gagal memikat selera, terutamanya bagi pencinta makanan pedas. Walaupun menggunakan bahan yang sangat simple, rasa pedas segar daripada cili padi sudah cukup untuk buat nasi goreng ini jadi luar biasa.

Resipi nasi goreng cili padi ini tidak memerlukan bahan yang ekstravaganza. Hanya cili padi dan bawang putih yang dikisar kering, kemudian ditumis hingga naik bau sebelum digaul bersama nasi.

Kalau ada kobis, boleh masukkan untuk tambah rangup dan seimbang rasa. Kalau tak ada pun tak mengapa, versi ringkas pun sudah cukup sedap. Menu ini sesuai dijadikan hidangan cepat bila lapar, menu sarapan pagi atau bila teringin nasi goreng pedas yang mudah disediakan.

Baca juga: Resipi Mi Segera Udang Tumis Basah, Cara Masak Ringkas Tapi Confirm Layan!

RESEPI NASI GORENG CILI PADI

nasi goreng cili

Bahan-bahan:

  • Nasi putih sejuk secukupnya
  • Cili padi secukupnya (ikut tahap pedas yang diinginkan)
  • 4 ulas bawang putih
  • Kicap cair secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Kobis (pilihan, diracik halus)
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Cili padi dan bawang putih diblend kering sehingga hancur. Tidak perlu tambah air.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan yang diblend tadi sehingga naik bau dan kelihatan sedikit garing.
  3. Masukkan sedikit kicap cair dan garam. Kacau rata supaya tumisan sebati dan tidak hangus.
  4. Masukkan nasi putih dan gaul sehingga nasi bercampur sekata dengan bahan tumisan.
  5. Jika menggunakan kobis, masukkan kobis yang telah diracik dan teruskan mengacau sehingga nasi goreng masak sempurna.
  6. Rasa dan sesuaikan perasa jika perlu.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Nasi goreng cilipadi ini paling sedap dinikmati panas-panas, terutamanya bagi penggemar makanan pedas. Ringkas, cepat dan tetap memuaskan.

Sumber: Ameen Fami

Baca juga: Resipi Sambal Jantan Ini Simple Tapi Rasa ‘Berhantu’, Sesuai Makan Dengan Semua Jenis Lauk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN