ayam susu

Ayam susu ialah hidangan ayam panggang atau bakar yang popular di Thailand, di mana ayam diperap dengan santan atau susu, bawang putih, sos ikan dan rempah pilihan sebelum dicucuk pada batang lidi dan dibakar sehingga garing di luar tapi tetap juicy di dalam.

Rahsia kesedapannya bergantung pada perapan yang meresap ke dalam isi ayam, menjadikan setiap gigitan lembut dan penuh rasa. Ditambah dengan sos pedas Thai yang wangi dan sedikit manis.

Resipi ini juga praktikal untuk dibuat di rumah. Boleh perap ayam awal, simpan dalam peti sejuk atau freezer, kemudian bila nak makan, bakar atau grill sahaja. Sesuai untuk sesiapa yang nak hidangan sedap tapi cepat dan mudah disediakan.

Baca juga: Resipi Pisang Goreng Thai Rangup & Gerenti Jadi, Sekali Makan Tak Boleh Berhenti!

RESEPI AYAM SUSU ALA THAI HOMEMADE

ayam susu

Bahan-bahan:

  • 1 kg isi ayam kisar
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 pokok daun ketumbar sekali akar (ditumbuk halus)
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap sotong
  • 3 sudu besar gula kabung Thai
  • Garam secukup rasa
  • Ajinamoto secukup rasa
  • 1 cawan susu cair/susu full cream
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan ayam kecuali minyak. Gaul hingga sebati. Adunan akan kelihatan sedikit lembik.
  2. Perap dalam peti sejuk selama 1–2 jam supaya semua perisa meresap.
  3. Bentukkan adunan ayam menjadi bentuk empat segi.
  4. Balut dengan plastik, susun dalam bekas dan simpan dalam freezer supaya mudah ditanggalkan dan tidak melekat. Anda juga boleh kukus sebelum bakar, sapu minyak pada loyang dulu sebelum kukus.
  5. Selepas frozen atau kukus, keluarkan plastik dan sedia dibakar atau digrill.
  6. Selepas ayam siap dibakar, cucuk lidi dan hidangkan bersama sos cili Thai.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Tomyam Sedap Macam Dekat Kedai Thai, Rasa Masam Pedas Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN