
Ada hari pening nak apa masak untuk makan tengah hari. Akhirnya yang menjadi pilihan adalah menu berasaskan sardin. Kalau dah biasa masak sambal sardin, kali ini jom cuba resipi sardin tumis ini.
Resipi sardin memang antara kegemaran ramai kerana cara membuatnya sangat ringkas tapi aroma rempah dan wangi bawang serta serai boleh buat satu dapur bau sedap.
Sesuai sangat kalau nak masak cepat, terutama bila waktu pagi atau tengah hari yang sibuk. Satu keluarga dijamin akan suka!
Baca juga: Resipi Gulai Lemak Sardin Tin, Nampak Biasa Tapi Jangan Pandang Sebelah Mata!
RESIPI SARDIN TUMIS PEDAS DAN WANGI

Bahan-bahan:
- 1 tin sardin besar
- 10 biji bawang merah (dihiris)
- 5 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 inci halia (dihiris)
- 2 batang serai (diketuk)
- 3 helai daun limau purut
- Cili api kampung secukup rasa
- 2 sudu besar minyak untuk menumis
- 2 sudu besar air asam jawa (boleh tambah ikut rasa)
- Garam & gula secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut dan cili api. Tumis hingga naik bau wangi dan sedikit kekuningan.
- Masukkan tin sardin. Kacau perlahan supaya sardin tidak hancur terlalu cepat. Biarkan tumisan sampai minyak sardin mula keluar.
- Tuang air asam jawa dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan sekejap supaya rasa asam dan pedas sebati dengan sardin.
- Angkat dan hidangkan panas-panas. Sesuai dimakan dengan nasi putih yang baru ditanak.
Sumber: Siti Fatimah
Baca juga:
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














