resipi nasi goreng pedas

Resipi nasi goreng pedas memang antara menu paling mudah dan cepat disediakan, terutama apabila ada lebihan nasi di rumah. Dengan gabungan bahan yang ringkas, hidangan ini tetap mampu memberikan rasa yang sedap dan memuaskan.

Untuk yang suka pedas, nasi goreng pedas simple ini boleh jadi pilihan terbaik. Hanya menggunakan cili api, ikan bilis dan beberapa bahan asas dapur, sudah cukup untuk menghasilkan nasi goreng yang beraroma dan membuka selera.

Lebih menarik, hidangan ini sesuai dimasak pada bila-bila masa tanpa perlu mengambil masa yang lama. Sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam, semuanya boleh disediakan dengan mudah dan cepat.

Baca juga: Resipi Lontong Goreng Sedap Guna Baki Nasi Impit, Masak Begini Baru Tak Membazir!

RESIPI NASI GORENG PEDAS

resipi nasi goreng pedas

Bahan tumbuk/kisar kasar:

  • 15 biji cili api hijau
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan bakar
  • Segenggam ikan bilis (rendam hingga lembut)

Bahan lain:

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk atau kisar kasar cili api, bawang putih, belacan dan ikan bilis sehingga hancur sedikit (tak perlu terlalu halus).
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Pecahkan telur ke dalam kuali, kacau dan gaul bersama bahan tumisan hingga sebati.
  4. Masukkan nasi sejuk, gaul rata sehingga nasi tidak berketul dan bercampur sebati dengan bahan tumisan.
  5. Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning mengikut citarasa.
  6. Teruskan menggoreng sehingga nasi panas sekata dan sedikit berasap.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah saja kan? Nasi goreng pedas ini memang penyelamat bila tak tahu nak masak apa. Rasa pedas dari cili api, ditambah pula dengan ikan bilis, memang buat selera makan bertambah-tambah.

Sumber: Azizah Agur

Baca juga: Resipi Nasi Dagang Terengganu Versi Mudah Tanpa Kukus, Masak Guna Rice Cooker Pun Jadi Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN