resepi gulai lemak ayam

Versi resepi gulai lemak ayam dari Perak ini lain daripada biasa. Kuahnya pekat, wangi daun kunyit, dan kombinasi santan dengan kerisik membuatkan gulai ini sangat sedap. Cili kering kisar digunakan, bukan cili padi, jadi pedasnya sederhana tetapi aroma tetap penuh.

Resepi gulai lemak ayam ini panaskan lama pun kuah tidak pecah, malah rasanya seperti rendang. Sesuai untuk hidangan keluarga, kenduri, atau makan nasi panas di rumah.

Baca juga: Cara Guna Santan Kotak Dengan Betul Supaya Kuah Gulai, Kari & Rendang Pecah Minyak Cantik

RESEPI GULAI LEMAK AYAM MAK MENTUA

resepi gulai lemak ayam

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam, potong 6
  • 1 mangkuk santan pekat (1 biji kelapa)
  • 2-3 sudu besar cili kering kisar (boleh guna cili merah besar tumbuk)
  • 5 ulas bawang merah, hiris
  • 6 ulas bawang putih, hiris
  • 2 inci halia, hiris manjang kecil dan nipis
  • 2 helai daun kunyit, carik-carik
  • 3 biji kentang, potong ikut suka
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 biji tomato (pilihan)
  • 2 batang serai, diketuk
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit (atau kunyit hidup ditumbuk)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus ayam dan bahan asas

Masukkan ayam, serbuk kunyit, cili kisar, bawang merah & putih, halia, serai, kentang, sedikit air (atau santan cair), dan garam. Rebus hingga ayam dan kentang empuk, air sedikit menyusut.

2. Masukkan santan dan kerisik

Masukkan santan pekat, kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan supaya santan tidak pecah. Masak hingga kuah mendidih dan berminyak.

3. Siap dihidang

Masukkan tomato jika suka. Gulai ayam wangi, pekat, dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Tips Agar Resepi Gulai Lemak Ayam Lebih Sedap

  • Gunakan santan pekat segar dari kelapa untuk kuah lebih creamy.
  • Kerisik penting supaya kuah lebih pekat dan berlemak.
  • Masak santan dengan api sederhana dan kacau perlahan supaya tidak pecah.
  • Daun kunyit carik-carik memberikan aroma khas, jangan skip!

Versi ini memang sesuai untuk keluarga atau kenduri. Kuah pekat, aroma daun kunyit dan rasa santan lemak manis pasti buat hidangan lebih istimewa. Sesuai dimakan dengan nasi putih panas, nasi minyak atau lemang.

Selamat mencuba!

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Ikan Masak Gulai Kuning, Lauk Tradisi Yang Ramai Takut Cuba Tapi Sekali Masak Terus Jadi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN