
Kalau teringin makan kuetiau goreng seafood yang sedap macam di kedai, sebenarnya tak susah pun nak buat sendiri di rumah. Dengan bahan yang ringkas dan cara masak yang betul, kuetiau goreng boleh jadi sangat padu, berempah dan cukup rasa.
Resipi kuetiau goreng seafood ini sesuai untuk yang baru belajar memasak. Bahan-bahannya mudah didapati dan boleh diubah ikut selera masing-masing.
Yang penting, ikut tip asas seperti tidak membasuh kuetiau dan menumis cili boh sehingga pecah minyak. Hasilnya, kuetiau goreng seafood yang lembut, beraroma dan penuh rasa.
Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya!
RESIPI KUETIAU GORENG SEAFOOD ANTI GAGAL

Bahan-bahan:
- 1 pek kuetiau
- 1 ulas bawang merah (hiris)
- 1 ulas bawang putih (hiris)
- 2 biji telur
- Udang, sotong, ayam, kerang, fishcake (ikut pilihan)
- Tauge secukupnya
- Kucai secukupnya
- Sos cili 2 sudu besar
- Sos tomato 2 sudu besar
- Sos tiram 2 sudu besar
- Kicap manis secukupnya
- Kicap pekat/kicap mi secukupnya (dark soy sauce)
- Kicap sotong secukupnya
- Cili boh atau cili giling 1–2 sudu besar
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dan goreng sambil dihancurkan seperti scrambled egg. Ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili boh atau cili giling dan tumis sehingga pecah minyak. - Tambahkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau sebati sehingga kuah sedikit pekat.
- Masukkan bahan lauk seperti udang, sotong, ayam, kerang dan fishcake. Masak hingga hampir masak.
- Masukkan kuetiau. Leraikan sahaja dan jangan basuh supaya kuetiau tidak hancur dan tidak berair.
- Tambahkan taugeh, kucai dan telur yang telah digoreng tadi.
- Masukkan kicap manis, kicap pekat dan kicap sotong. Gaul rata dan laraskan mengikut warna dan rasa yang diinginkan.
- Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Gaul hingga semua bahan sebati dan kuetiau masak sempurna.
- Tutup api dan kuetiau goreng seafood sedia dihidangkan.
Sumber: Thread @lisakamal
Baca juga: Resepi Kuetiau Sup Thailand, Pekena Semangkuk Terus Tak Toleh Kiri Kanan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM





![[VIDEO] Hati-hati Pilih Belacan! Peniaga Ini Jumpa ‘Benda’ Lepas Rasa Sambalnya Ada Tekstur Pasir](https://media.myresipi.com/2023/02/feature-image-belacan-150x150.png)








