resepi sagu bunga telang

Resepi sagu bunga telang ini sesuai dijadikan pencuci mulut tradisional yang bukan sahaja sedap, malah cantik dipandang. Warna biru asli daripada bunga telang menjadikan sagu kelihatan berkilat seperti mutiara biru, tanpa perlu menggunakan pewarna tiruan.

Selain dijadikan minuman herba, bunga telang juga sering digunakan sebagai pewarna semula jadi dalam masakan seperti nasi kerabu. Dalam resipi sagu bunga telang ini, air rebusan bunga telang digunakan untuk memberi warna biru yang lembut dan semula jadi pada sagu.

Gabungan tekstur sagu yang kenyal lembut bersama sira gula melaka dan susu cair memang cukup sempurna. Kalau dihidangkan sejuk-sejuk, memang bertambah sedap dan menyegarkan.

Baca juga: Resipi Sagupal Inti Kacang Hijau, Kuih Tradisional Yang Selalu Dicari Semasa Ramadan

RESEPI SAGU BUNGA TELANG GULA MELAKA

Bahan-bahan:

  • 1 cawan sagu
  • 1 ketul gula melaka
  • 10 hingga 15 kuntum bunga telang
  • 1 helai daun pandan
  • 1/4 cawan susu cair
  • Secubit garam
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Bilas bersih bunga telang dengan air mengalir.

2. Rebus bunga telang bersama 2 cawan air sehingga air bertukar warna biru pekat. Tapis dan asingkan bunga telang, ambil air rebusannya sahaja.

resepi sagu bunga telang

3. Rebus sagu secara berasingan sehingga menjadi jernih. Pastikan sagu dimasak hingga bahagian tengahnya tidak lagi berwarna putih. Toskan.

4. Masukkan sagu yang telah direbus ke dalam air rebusan bunga telang. Gaul rata sehingga sagu menyerap warna biru dengan sekata. Sagu akan kelihatan berkilat dan jernih seperti mutiara biru.

resepi sagu bunga telang

5. Untuk sira gula melaka, masukkan gula melaka, sedikit air, daun pandan dan secubit garam ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan kuah menjadi sedikit pekat. Tapis jika perlu.

6. Untuk menghidang, letakkan sagu bunga telang ke dalam mangkuk. Tuangkan sira gula melaka dan sedikit susu cair di atasnya.

resepi sagu bunga telang

Sumber: Fikri Hisham

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Merah, Rasa Manis & Tekstur Kenyal Sedap Dikunyah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN