resepi ayam mangga

Resepi ayam mangga ini memang sedap dan boleh makan begitu saja sebab rasanya sebab rasanya lengkap masam, manis dan pedas dalam satu hidangan. Kalau ada yang nak cuba menu lain daripada biasa, resipi ini memang sesuai dijadikan pilihan. Ringkas saja cara buatnya, tapi hasilnya memang padu.

Keunikan resipi ayam mangga ini terletak pada sosnya. Mangga masak yang diparut memberi rasa segar, manakala campuran sos cili, sos tomato dan sedikit madu atau gula menjadikan kuah lebih pekat dan berkilat. Ditambah pula dengan cili padi dan daun ketumbar, rasanya jadi lebih menaik dan tidak muak.

Baca juga: Resipi Sup Ayam Bombay Ini Lain Dari Biasa, Guna Minyak Sapi Lebih Wangi & Padu!

RESEPI AYAM MANGGA MASAM MANIS PEDAS

resepi ayam mangga

Bahan perapan ayam:

  • Isi dada ayam
  • Tepung goreng ayam (apa-apa jenama boleh)

Bahan sos:

  • ½ biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3–4 biji cili padi*
  • Akar ketumbar*
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar madu atau gula
  • ½ cawan air
  • ½ sudu teh garam

(Kisar semua bahan bertanda * di atas)

Bahan hiasan:

  • Mangga masak diparut panjang
  • Daun ketumbar
  • Lobak merah
  • Cili potong

Cara-cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan tepung goreng ayam, kemudian goreng hingga masak dan keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk sos mangga, tumis bahan kisar seketika sehingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato, madu atau gula, garam dan air.
  3. Biarkan sos mendidih dan sedikit pekat. Tutup api.
  4. Masukkan ayam goreng ke dalam sos dan gaul rata sehingga ayam bersalut sempurna.
  5. Akhir sekali, masukkan cili padi, lobak merah, mangga parut dan daun ketumbar. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Puan Alza

Baca juga: Resipi Ayam Kari Cili Kering Ini ‘Padu’ Dari Biasa, Kuah Pekat Likat Memang Menambah Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN