sup ayam bombay

Selalunya kita masak sup ayam guna rempah sup bunjut, versi sup ayam bombay ini tampil berbeza dengan aroma yang lebih menusuk kalbu.

Jadi apa beza sup ayam bombay dengan sup ayam biasa? Bezanya adalah penggunaan minyak sapi dan teknik tumisan rempah yang unik.

Teksturnya yang sedikit berkrim hasil penggunaan susu cair, digabungkan dengan haruman bawang goreng minyak sapi, pasti membuatkan sesiapa sahaja bertambah nasi.

Bagi anda yang bosan dengan rasa sup yang biasa, resipi sup ayam bombay ini wajib dicuba. Berikut adalah cara mudah untuk menyediakan hidangan ini di rumah.

Baca juga: Ayam Masak Kicap Sedap Cara Orang Dulu-Dulu, Kuah Banyak & Bau Wangi Semerbak

RESEPI SUP AYAM BOMBAY

sup ayam bombay

Bahan tumis & kisar:

  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
  • Bahan kisar: 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1 inci halia

Bahan rempah & perasa:

  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Garam secukup rasa
  • Kiub pati ayam
  • 2 sudu besar susu cair

Bahan utama:

  • Ayam
  • Ubi kentang
  • Air secukupnya
  • Daun sup

Bahan bawang goreng:

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 6 biji bawang merah

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis 4 sekawan bersama bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Tambahkan sedikit air dan biarkan rempah masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk lada hitam dan lada putih, kemudian kacau rata.
  4. Masukkan potongan ayam dan ubi kentang. Gaul sebati dengan rempah tersebut.
  5. Tambahkan air mengikut kesesuaian. Masukkan garam, kiub pati ayam dan susu cair. Tutup periuk dan biarkan sehingga ayam serta ubi kentang masak sepenuhnya.
  6. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak sapi dan goreng hirisan bawang merah sehingga garing keemasan.
  7. Tuangkan bawang goreng tadi beserta minyak sapinya ke dalam periuk sup.
  8. Akhir sekali, taburkan hiris daun sup sebelum dihidangkan.

Sumber: Hidayati Hana

Baca juga: Resipi Ayam Kari Cili Kering Ini ‘Padu’ Dari Biasa, Kuah Pekat Likat Memang Menambah Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN