
Keropok lekor paling sedap dimakan panas-panas. Tapi tak ramai yang tahu, sebenarnya ada satu cara mudah untuk buat keropok lekor rangup, bukan sekadar goreng seperti biasa. Teknik ringkas ini bantu hasilkan keropok yang lebih garing dan sedap.
Rahsianya bukan sahaja terletak pada minyak panas atau kawalan api semata-mata, tetapi sebenarnya pada bancuhan tepung yang digunakan sebelum keropok lekor digoreng.
Bancuhan pula tak boleh terlalu pekat, nanti keropok lekor menjadi tebal bersalut tepung. Untuk mendapatkan keropok lekor yang rangup cantik, bancuhan tepung perlu dibuat cair dan nipis sahaja.
Baca juga: Petua Cuci Siput Sedut Hingga Bersih, Keluar Semua Lumpur & Tak Berlendir Lagi
RAHSIA BUAT KEROPOK LEKOR RANGUP

Bahan-bahan:
- Keropok lekor
- Tepung beras
- Air
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Bancuhkan tepung beras dengan air sehingga menjadi adunan cair. Pastikan teksturnya tidak pekat, lebih kurang seperti bancuhan cair yang boleh menitis.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
- Celup keropok lekor ke dalam bancuhan tepung beras secara nipis sahaja. Jangan salut terlalu tebal.
- Terus masukkan keropok lekor ke dalam minyak panas.
- Goreng sehingga keropok bertukar warna keemasan dan rangup di bahagian luar.
- Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
Sumber resipi dan gambar: Ardzlinda Abu Bakar
Baca juga: Petua Elak Lipas Bersarang Dalam Kabinet Dapur, Cara Semula Jadi Tanpa Guna Racun!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














