resipi kuih kaswi

Buat anda yang sukakan kuih tradisional Melayu, mesti pernah rasa Kuih Kaswi. Jika nak hasil lembut bergedik dan kenyal elok, resipi Kuih Kaswi inilah yang anda kena cuba.

Kuih Kaswi (juga dikenali sebagai kuih kosui) ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada campuran tepung beras, tepung ubi, gula merah atau gula Melaka dan air kapur makan.

Dengan menggunakan resipi Kuih Kaswi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di Facebook, anda akan dapat hasil yang lembut dan bergedik apabila dipotong. Jom kita cuba!

Baca juga: Kaswi Pandan Versi Mudah, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Lembut Bergedik

RESIPI KUIH KASWI

resipi kuih kaswi

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air*
  • 2 cawan gula merah*
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar air kapur (jangan terlalu jernih, ambil pekat sikit)
  • 3 helai daun pandan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masak gula merah dalam 2 cawan air tadi dan masukkan daun pandan (saya guna gula merah cap bintang, tak perlu tapis lagi dan tak banyak bendasing).

2. Selepas itu, biarkan air gula merah sejuk terlebih dahulu.

3. Kemudina, campurkan dengan bahan-bahan yang lain dan kacau sampai sebati.

4. Seterusnya, sapu minyak sedikit dalam loyang dan panaskan pengukus terlebih dahulu.

5. Apabila sudah mendidih, baru masukkan loyang dan kukus kuih selama 45 minit.

6. Setelah sejuk, baru potong dan gaul dengan kelapa yang dicampur dengan secubit garam. Siap untuk dinikmati!

Resipi Kuih Kaswi ini akan dapat hasil lembut, kenyal dan sedikit licin serta mempunyai rasa manis dan lemak hasil gabungan gula dan kelapa parut. Makan sepotong pun, rasa tak cukup.

Selamat mencuba!

Sumber: Zaimah Zakaria

Baca juga: Kaswi Gula Merah Versi Tahan Lama, Kena Buat Cara ‘Ini’ Baru Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN