cara menghalau lalat

Tengah syok nak jamu selera, tiba-tiba muncul pula ‘tetamu’ tak diundang hinggap atas makanan. Memang potong mood! Sebenarnya, ada banyak cara menghalau lalat yang boleh kita cuba tanpa perlu guna semburan racun kimia yang berbahaya.

Masalah lalat di meja makan bukan sahaja menjengkelkan, malah ia membawa risiko kuman dan penyakit. Jika anda dah cuba pelbagai teknik tapi masih gagal, anda perlu tahu petua halau lalat secara semula jadi menggunakan kombinasi lemon dan cengkih.

Baca juga: Cara Halau Semut Di Dapur Guna Bahan Semula Jadi, Tak Perlu Pakai Spray Racun!

CARA MENGHALAU LALAT DI MEJA MAKAN

cara menghalau lalat

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-caranya:

  1. Potong lemon kepada dua bahagian (potong melintang).
  2. Ambil bunga cengkih dan cucukkan ia ke atas permukaan isi lemon tersebut. Buat banyak-banyak pun tak apa.
  3. Letakkan lemon yang telah dicucuk cengkih tadi di dalam piring kecil.
  4. Letakkan piring tersebut di tengah-tengah meja makan atau berdekatan dengan hidangan yang terdedah.

Lalat yang baru nak “mendarat” pasti akan berpusing arah sebab tak tahan dengan bau aromatik yang dihasilkan oleh kombinasi dua bahan ini.

3 Lagi Tips Bonus Elak Lalat “Berkampung” Di Dapur

Selain petua lemon dan cengkih, anda juga boleh amalkan tips ini supaya dapur anda bukan lagi tempat kegemaran lalat:

  • Gunakan air garam: Lap meja makan dengan kain yang direndam dalam air garam. Lalat sangat tidak suka permukaan yang ada sisa garam.
  • Plastik air & duit syiling: Ini petua orang lama. Gantung plastik jernih berisi air dan masukkan beberapa keping duit syiling di dalamnya. Pantulan cahaya daripada air dan syiling itu akan mengelirukan penglihatan lalat.
  • Bersihkan sisa makanan: Pastikan tiada sisa makanan yang tertumpah atau tong sampah yang tidak bertutup. Lalat sangat tertarik pada bau benda yang mula mereput.

Mudah sahaja kan? Selepas ini, tak perlulah lagi kita sibuk melibas tangan  semata-mata nak halau lalat. Semoga bermanfaat!

Sumber: wikiHow

Baca juga: Petua Elak Lipas Bersarang Dalam Kabinet Dapur, Cara Semula Jadi Tanpa Guna Racun!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN