
Selalunya kita hanya biasa lihat orang buat apam mekar yang biasa, tetapi kali ini jom buat kelainan sedikit dengan mencuba resepi apam bunga yang mempunyai corak berwarna-warni di atas permukaannya.
Resipi apam bunga ini bukan sahaja menarik dari segi rupa parasnya, malah ia sangat sesuai untuk anda yang mahu berjimat kerana bahan-bahan yang diperlukan sangat ringkas.
Walaupun nampak seperti memerlukan kemahiran yang tinggi, anda jangan risau kerana proses menyediakannya sangat mesra pengguna terutama bagi mereka yang baru mahu berjinak-jinak di dapur.
Baca juga: Resepi Apam Nasi Mudah Tanpa Tepung Gandum, Hasil Lembut Dan Gebu!
RESEPI APAM BUNGA 3 BAHAN

Bahan-bahan:
- 250g tepung spongemix
- 3 biji telur
- Esen vanilla
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung spongemix, telur dan esen vanilla ke dalam mesin pengisar. Putar semua bahan menggunakan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, pekat dan betul-betul gebu.
- Ambil sedikit adunan dan bahagikan ke dalam bekas kecil untuk diletakkan pewarna pilihan anda. Dalam resipi ini, warna ungu dan jingga digunakan untuk membentuk kelopak bunga.
- Isikan adunan putih ke dalam acuan apam sehingga hampir penuh. Kemudian, picitkan sedikit adunan berwarna di atasnya mengikut kreativiti anda untuk membentuk corak bunga yang cantik.
- Panaskan air pengukus sehingga mendidih terlebih dahulu. Kukus apam selama kira-kira 10 hingga 15 minit menggunakan api sederhana. Jangan lupa balut penutup kukusan dengan kain supaya air tidak jatuh ke atas apam anda.
Sumber: Nisa Kitchen ApamcomelSandakan
Baca juga: Apam Gula Hangus Yang Lembut & Gebu Macam Span, Resipi Mudah Yang Confirm Jadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














