dalca daging

Resipi dalca daging memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak. Dengan kuah yang pekat, daging yang empuk, dan sayur-sayuran yang masak sempurna, hidangan ini pasti menjadi kegemaran ramai.

Anda juga boleh menambah bahan-bahan lain mengikut cita rasa. Resipi ini menggunakan sayur lobak merah, kentang dan terung sahaja. Walaupun ringkas, rasanya sudah cukup nikmat.

Baca juga: Resipi Sup Ekor Kuah Pekat & Daging Empuk, Sekali Hirup Kuah Terus Nak Tambah Nasi!

RESEPI DALCA DAGING YANG MUDAH DAN SEDAP

dalca daging

Bahan-bahan:

  • 500 gm daging lembu batang pinang (dipotong kecil)
  • 1 peket kecil rempah kari daging
  • 5 cawan santan (boleh tambah jika perlu)
  • 2 biji terung bulat (dipotong saiz sederhana)
  • 4 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 1–2 batang lobak merah (dipotong serong)
  • 200 gm kacang dal (direndam 1 jam)

Bahan tumisan:

  • 4 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris)
  • 2 cm halia (diketuk atau dihiris halus)
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Bersihkan daging dan potong kecil. Kupas bawang dan halia, kemudian mayang halus atau tumbuk kasar. Bersihkan sayur-sayuran dan potong mengikut saiz yang sesuai. Tos kacang dal yang telah direndam.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga bawang layu dan naik bau.
  3. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga rempah masak dan timbul minyak.
  4. Masukkan santan, daging dan kacang dal ke dalam periuk. Biarkan kuah mendidih sehingga kacang dal kembang dan daging empuk. Tambah santan jika kuah kurang.
  5. Masukkan ubi kentang, biarkan hingga lembut. Kemudian, masukkan sayur terung, lobak merah dan garam secukup rasa.
  6. Setelah semua bahan masak dan kuah pekat, matikan api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Hairul Nizam Ijam

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Daging Padu, Punyalah Sedap Sampai Masak Sekuali Pun Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN