sambal bilis garing

Resipi sambal bilis garing ini pasti menjadi kegemaran ramai. Walaupun sudah digaul dengan sambal, ikan bilis tetap rangup dan tidak liat langsung.

Kalau dimakan begitu sahaja pun sudah cukup sedap, apatah lagi jika dinikmati bersama nasi putih panas.

Resipi ini juga fleksibel mengikut cita rasa masing-masing. Jika mahu lebih manis atau pedas, boleh sesuaikan sendiri mengikut selera.

Baca juga: Resipi Ikan Bilis Goreng Dengan Telur Kicap Pedas, Menu Ringkas Tapi Padu Habis!

RESEPI SAMBAL BILIS GARING

sambal bilis garing

Bahan-bahan:

  • 2 genggam ikan bilis (basuh dan tos)
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan* (dikisar)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • ½ inci gula melaka
  • 2 sudu teh gula
  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh asam jawa
  • 1 biji bawang (hiris nipis)
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan bertanda (*) dikisar menggunakan mesin pengisar.

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis.
  3. Masukkan bahan kisar bersama cili. Kecilkan api dan kacau rata.
  4. Apabila cili separuh masak, masukkan gula melaka, gula, garam dan asam jawa.
  5. Masak sambal dengan api kecil sekurang-kurangnya 1 jam sambil dikacau selalu supaya tidak hangus.
  6. Setelah sambal masak dan mencapai rasa yang diingini, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
  7. Gaul sambal dengan ikan bilis goreng tadi hingga sebati.
  8. Jika suka, taburkan hirisan bawang besar sebelum dihidang.

Tip:

  • Sambal ini sedap dimakan dengan nasi panas, lauk-pauk atau sebagai pelengkap nasi lemak.
  • Pastikan api kecil dan kacau selalu supaya sambal tidak hangus dan rasa manis pedasnya seimbang.

Sumber: Azura Masrun

Baca juga: Resipi Kerabu Asam Mangga Tanpa Belacan & Ikan Bilis, Rasa Masam Pedas Tetap Menyengat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN