resepi jeruk buah

Dah jarang jumpa orang jual buah katak puru atau juga dikenali buah nam-nam. Kalau anda masih ada pokok ini di rumah, bolehlah cuba resepi jeruk buah katak puru ini.

Bila dibuat jeruk, buah ini tahan lama tanpa cepat rosak. Rasanya sangat sedap selepas 3 hari. Teksturnya rangup, masam, sedikit pedas dan boleh ketagih dibuatnya!

Baca juga: Resipi Garam Belacan Untuk Cicah Buah, Rasa Pedas, Masin & Manis Bikin Ketagih!

RESEPI JERUK BUAH KATAK PURU

resepi jeruk buah

Bahan-bahan:

  • Buah katak puru segar (pastikan buah tak kecut, belah terus selepas kutip)
  • Garam
  • Air kapur
  • Air gula + lada + cuka (lebihkan sedikit cuka untuk tahan lama)

Cara-cara:

  1. Cuci dan belah buah dalam air. Pakai sarung tangan kerana getah buah boleh melekat di tangan.
  2. Selepas dibelah kecil-kecil, cuci sekali lagi dan rendam dalam campuran air garam dan air kapur selama semalaman.
  3. Selepas rendama semalaman, basuh buah dan tos hingga sejat.
  4. Masak air gula bersama cuka dan lada (kuantiti ikut tahap kepedasan yang diingini).
  5. Biarkan air gula betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam botol bersama buah.
  6. Simpan dalam peti sejuk dan tandakan tarikh buat. Selepas 3 hari, jeruk sudah boleh dimakan.

Tips:

  • Kuantiti gula dan cuka boleh diubah ikut jumlah buah, tetapi lebihkan sedikit cuka supaya tahan lama. Jangan terlalu masam, biar manis.
  • Kalau tak nak buat jeruk, buah boleh dimakan colek dengan kicap saja.

Sumber: Fatihah Anum

Baca juga: Resipi Puding Buah Kuah Kastard, Nikmatnya Lepas Makan Sampai Terbayang-Bayang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN