resipi kuih puteri ayu

Kuih puteri ayu antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi pilihan kerana teksturnya yang lembut, rasa manis berlemak dan aroma pandan yang wangi. Dengan menggunakan sukatan cawan, resipi kuih puteri ayu ini lebih mudah diikuti dan sesuai untuk beginner.

Kuih ini juga sesuai dihidangkan untuk minum petang, jamuan, rumah terbuka atau sebagai bekal anak sekolah. Yang penting, adunan mesti dipukul hingga kembang supaya hasilnya gebu dan cantik.

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Keledek Ungu, Tanpa Santan & Air Kapur Tapi Tetap Kenyal

RESIPI KUIH PUTERI AYU

resipi kuih puteri ayu

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan santan
  • 1 penutup esen pandan
  • 1 penutup pewarna hijau
  • Kelapa parut, sedikit garam dan sedikit tepung gandum (gaul sebati)

Cara-cara:

  1. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul telur, gula, ovalette dan esen pandan sehingga kembang dan berwarna putih.
  3. Masukkan santan secara selang-seli bersama tepung gandum yang telah diayak. Gaul hingga sebati.
  4. Tambahkan pewarna hijau dan kacau sehingga sebati.
  5. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa parut yang telah digaul ke dasar acuan.
  6. Tuang adunan tepung sehingga hampir penuh acuan.
  7. Kukus selama 10-15 minit sehingga kuih masak.

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Resipi Kuih Ketayap Inti Kelapa Pink Yang Nostalgia, Kulit Lembut Dan Cantik Berongga

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN