kuih ketayap inti pink

Sekarang memang susah nak jumpa orang jual kuih ketayap inti pink. Kalau rindu nak makan, jom cuba buat sendiri di rumah dengan resipi mudah di bawah.

Kulitnya lembut, manakala inti kelapa yang manis pasti buat anda tak cukup makan satu. Siapa yang mencuba, dijamin akan jatuh cinta dengan rasanya!

Baca juga: Resipi Kuih Koci Tanpa Santan Cara Orang Lama, Senang Dimakan & Tak Cepat Basi

RESEPI KUIH KETAYAP INTI PINK

kuih ketayap inti pink

Bahan inti kelapa:

  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 cawan lebih gula putih (ikut manis yang disukai)
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar sirap
  • 1 helai daun pandan (simpul rapi)

Cara buat inti:

  1. Larutkan gula dengan air dalam periuk.
  2. Masukkan sirap dan daun pandan.
  3. Masukkan kelapa parut dan masak hingga sebati. Angkat dan ketepikan.

Bahan kulit ketayap:

  • 3 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Pewarna hijau atau air pandan
  • Air secukupnya untuk bancuhan

Cara buat kulit ketayap:

  1. Campurkan tepung gandum, garam, pewarna/air pandan dan sedikit minyak.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan cair tapi tidak terlalu pekat.
  3. Masak di atas kuali leper. Dengan cara ini, kulit ketayap tidak melekat.
  4. Setelah siap, gulung inti kelapa dalam kulit ketayap dan hidangkan.

Sumber: Dayang Atobah

Baca juga: Resipi Kuih Lepat Pisang Bersantan, Wangi Daun & Rasa Lemak Manis Memang Tak Cukup Satu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN