
Sesiapa yang suka makan pencuci mulut di rumah, pasti tergoda dengan Puding Laici Berkuah yang sejuk dan menyegarkan. Resipinya mudah dan rasanya pun tak terlalu manis.
Teringin nak tahu betapa sedapnya Puding Laici Berkuah ini, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Norita Ahmad di Facebook dengan langkah demi langkah. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Puding Rose Susu Dua Lapis, Pencuci Mulut Comel Memikat Selera Dan Lembut Berkrim
RESIPI PUDING LAICI BERKUAH

Bahan-bahan:
Cara-cara buat:
- Mula-mula, masak air dengan gula sampai mendidih dalam periuk.
- Masukkan serbuk agar-agar bersama sedikit air laici (lebih kurang ¼ cawan, nak lebih letak ½ cawan).
- Tinggalkan lebihan air laici untuk diletakkan atas puding nanti.
- Kemudian, masukkan susu cair dan kacau-kacau.
- Jika pakai acuan, basahkan acuan terlebih dahulu.
- Selepas itu, tuang dalam acuan.
- Setelah sederhana sejuk dan agak-agak keras, baru tuang lebihan air laici atas puding tadi.
- Seterusnya, taburkan laici.
- Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap!
Dengan gabungan puding lembut dan kuah laici yang harum, memang buat sesiapa pun rasa tak berhenti makan. Jadi, tak hairanlah ia menjadi menu wajib untuk sebarang jamuan.
Selamat mencuba!
Sumber: Norita Ahmad
Baca juga: Cara Buat Puding Pisang Lembut Manis Berkrim, Resipi Simple Hanya Guna 3 Bahan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














