daging air asam

Jika anda peminat masakan pedas masam, resipi daging air asam adalah salah satu hidangan yang mesti dicuba.

Resipi ini memadukan daging yang lembut dengan rasa pedas cili padi dan masam segar air asam jawa, menjadikan ia hidangan yang cukup sedap dan menyelerakan.

Anda boleh sesuaikan tahap kepedasan mengikut selera sendiri, sama ada mahu sedikit pedas atau pedas menyengat.

Baca juga: Resipi Daging Black Pepper Simple & Sedap, Rupanya Kena Letak Bahan ‘Ini’ Baru Jadi Padu!

RESIPI DAGING AIR ASAM

daging air asam

Bahan-bahan:

  • Daging (potong ikut suka)
  • Air asam jawa
  • Cili padi (kuantiti ikut tahap pedas)
  • Belacan
  • Bawang besar (dihiris)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebus daging sehingga benar-benar lembut dan empuk. Setelah itu, hiris nipis atau ikut saiz yang anda suka.
  2. Kisar cili padi dan belacan bersama air asam jawa hingga sebati. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air supaya mudah digaul.
  3. Potong bawang besar, cili padi dan tomato.
  4. Gaulkan semua bahan iaitu daging, bahan kisar, bawang, cili, tomato dan kerisik.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian gaul lagi supaya rasa menyerap dengan sempurna.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan nasi panas!

Sumber resipi dan gambar: Suhaida Shamsudin

Baca juga: Daging Tetel Asam Pedas Melaka, Resipi Padu Ini Kena Dengan Selera Orang Kita!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN