resepi daging

Kalau anda tengah cari resepi daging black pepper yang simple dan sedap, inilah dia! Menu ini memang antara kegemaran ramai sebab rasanya pedas berlemak dengan aroma lada hitam yang wangi. Paling best, resipi ini tak ambil masa lama pun untuk siap.

Kalau ada stok daging rebus dalam freezer, lagi mudah kerja sebab tinggal tumis dan gaul saja. Sesuai dimasak bila-bila masa, sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Boleh juga tambah sayur macam bawang holland dan lada benggala untuk rasa lebih segar. Dengan kuah yang sedikit pekat, makan dengan nasi putih panas-panas memang terangkat!

RESEPI DAGING BLACK PEPPER MUDAH DAN SEDAP

resepi daging

Baca juga: Resipi Daging Masak Merah Ala Thai, Cara Masak Ringkas Tapi Rasa ‘Syahdu’!

Bahan-bahan:

  • 500g daging (direbus separuh masak lebih dahulu)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2cm halia (dihiris)
  • 3 sudu besar sos black pepper (botol)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam kisar kasar (lebih sedap jika guna yang biji dikisar sendiri)
  • 1-2 sudu besar kicap (optional)
  • Garam secukup rasa
  • ½ sudu teh mushroom seasoning/serbuk perasa (optional)
  • 1 biji bawang holland (dihiris bulat)
  • ½ biji lada benggala/bell pepper (dihiris)
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan sos black pepper dan sos tiram, kacau rata.
  3. Tambahkan lada hitam kisar dan daging rebus. Gaul sebati.
  4. Masukkan kicap (jika suka), garam dan mushroom seasoning/serbuk perasa.
  5. Kemudian masukkan bawang holland dan bell pepper.
  6. Tuangkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga kuah sedikit pekat.
  7. Siap untuk dihidang!

Tip: Kalau nak rasa lebih “kick”, guna biji lada hitam asli yang ditumbuk atau dikisar kasar. Memang lain rasa dia!

Sumber: Dina Amalia Nordin

Baca juga: Resipi Daging Bakar Danok Yang Juicy & Padu, Siap Dengan Sos Thai ‘Power’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN