cara masak ayam sambal

Kalau dah bosan asyik selalu buat ayam goreng, jom cuba cara masak ayam sambal butter ini pula. Sambal ini boleh dijadikan lauk shellout juga.

Rasa sambal butter yang kaya dengan rempah dan sedikit masam manis dari air limau pasti buat selera naik. Tambah pula dengan tekstur ayam goreng crispy, memang padu.

Menu ini juga sesuai untuk mereka yang suka rasa pedas dengan aroma serai dan daun limau purut yang wangi. Jom cuba masak!

Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Penyet, Resipi Lengkap Dengan Sambal, Sup Kosong & Bahan Sampingan

CARA MASAK AYAM SAMBAL BUTTER

cara masak ayam sambal

Bahan ayam:

  • Isi ayam (digoreng rangup dengan tepung)

Bahan tumis:

  • Serai 1 batang
  • Daun limau purut 2 helai
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang holland 1/4 biji
  • Cili padi 2 batang
  • Tomato 1/3 biji

Bahan-bahan lain:

  • Mentega atau marjerin 2 sudu makan
  • Cili kering kisar 3 sudu teh
  • Sos cili 4 sudu teh
  • Sos tiram 2 sudu teh
  • Garam secubit atau dua
  • Gula 2 sudu teh
  • MSG 1 sudu teh
  • Air biasa atau air rebusan ayam 1 cawan
  • Pes tomyam 1 sudu teh
  • Air limau 1 sudu makan

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali, cairkan mentega atau marjerin, kemudian masukkan bahan tumis.
  2. Tumis hingga naik bau wangi
  3. Masukkan cili kering kisar dan terus tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, garam, gula, MSG dan air atau air rebusan ayam. Kacau rata hingga kuah sedikit pekat
  5. Akhir sekali, masukkan pes tomyam dan air limau. Kacau mesra. Siap!
  6. Siram kuah atas ayam goreng crispy dan hidangkan panas

Sumber: Encik Hafiz Othman

Baca juga: Resipi Ayam Karamel Bawang Yang Pekat Berkilat, Rasa Pun Tak Terkata Sedapnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN