
Peria antara sayur yang paling mencabar di dapur kerana rasanya pahit, tapi rangup apabila dimasak. Jadi kali ini, kami nak kongsikan cara hilangkan pahit peria supaya sedap dimakan.
Rasa pahit peria sebenarnya boleh dikurangkan jika diproses dengan cara yang betul sebelum dimasak. Dengan teknik yang tepat, pasti anda akan lebih gemar menikmati peria.
Perkongsian video di TikTok oleh @madam_lim_ menunjukkan cara hilangkan pahit peria yang mudah menggunakan tiga bahan iaitu air, garam dan tepung ubi kayu. Jom kita tengok!
Baca juga: Cara Buang Lendir Bendi Semasa Tumis, Berkesan Dengan Satu Bahan ‘Rahsia’
CARA HILANGKAN PAHIT PERIA
@madam_lim_Cara kurangkan pahit dari peria😎♬ Cupid (Twin Version) – FIFTY FIFTY
- Langkah 1: sediakan peria.
- Potong peria mengikut saiz pilihan anda.
- Bersihkan peria dengan air bersih sebelum diproses.
- Langkah 2: proses dengan garam.
- Taburkan garam secukupnya ke atas peria.
- Gaul rata sampai garam meliputi semua bahagian.
- Biarkan selama 5 minit untuk mengeluarkan air pahit.
- Bilas peria dengan air bersih sampai sisa garam hilang.
- Langkah 3: gaul dengan tepung ubi kayu.
- Taburkan tepung ubi kayu ke atas peria yang sudah dibersihkan.
- Gaul rata sampai tepung meliputi keseluruhan peria.
- Biarkan selama 5 minit.
- Bilas peria dengan air bersih sampai tepung hilang sepenuhnya.

Setelah menggunakan petua ini, peria jadi kurang pahit dan rangup. Jadi, bolehlah anda masak dengan cara tumis, goreng atau sebagai lauk sampingan mengikut resipi kegemaran anda.
Semoga bermanfaat!
Sumber: madam_lim_
Baca juga: Cara Selamatkan Nasi Mentah Guna Cawan & Air, Ramai Tak Sangka Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














