
Baru-baru ini, ramai risau tentang isu yang tular di media sosial bahawa anggur Shine Muscat yang popular dengan rasanya manis dan rangup mengandungi racun perosak berbahaya.
Dakwaan ini berpunca daripada laporan sebuah kumpulan di Thailand, Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) yang mengatakan anggur Shine Muscat dari China mengandungi lebih 50 jenis racun perosak berbahaya, termasuk bahan seperti chlorpyrifos, carbaryl dan imidacloprid yang dikatakan boleh menjejaskan sistem saraf, hormon dan hati manusia.
Namun sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tampil menjelaskan situasi sebenar.
Baca juga: Ini Sebab Perlu Hati-Hati Makan Jeruk Mangga, Ada Ibu Gula Jadi ‘Racun’ Senyap Dalam Badan
ADAKAH ANGGUR SHINE MUSCAT MENGANDUNGI RACUN PEROSAK? INI PENJELASAN RASMI DARIPADA KKM


Menurut kenyataan rasmi KKM pada tahun 2024, tiada sebarang sampel anggur Shine Muscat yang didapati melebihi kadar maksimum residu racun perosak (MRL) yang dibenarkan di Malaysia.
Penemuan ini bukan dibuat secara tergesa-gesa, malah merupakan hasil daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) yang dijalankan antara tahun 2020 hingga September 2024.
Dalam tempoh itu, sebanyak 5,561 sampel sayur dan buah import telah dianalisis. Daripada jumlah itu, 234 sampel ialah anggur dan hanya empat sampel (1.71%) yang tidak mematuhi MRL.
Paling penting, tiada satu pun daripada empat sampel itu adalah anggur Shine Muscat.
Bagi kes yang tidak mematuhi MRL, KKM melaksanakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL). Produk berkenaan akan ditahan di pintu masuk dan hanya boleh dilepaskan selepas disahkan selamat.
Jika pelanggaran berlaku berulang kali, larangan import boleh dikenakan.
ANGGUR SHINE MUSCAT DARI MANA SEBENARNYA?

Shine Muscat merupakan sejenis variasi buah anggur yang berasal dari negara Jepun. Buah ini mempunyai kulit lebih tebal dan rasa lebih manis daripada buah anggur biasa.
Di Malaysia, buah ini dijual dengan harga yang agak tinggi kerana dieksport dari negara luar seperti China, Thailand, Korea dan Jepun.
NAK BELI BUAH IMPORT, PASTIKAN UNTUK SEMAK LABEL PADA BUNGKUSAN
KKM juga menasihatkan orang ramai supaya semak label pada bungkusan setiap kali membeli buah import. Maklumat penting seperti negara asal perlu ada pada label, jadi pengguna boleh buat pilihan dengan lebih bijak.
Selain itu, KKM memberi jaminan bahawa mereka sentiasa menjalankan pemantauan berterusan di pintu masuk negara dan juga pasaran tempatan untuk memastikan semua makanan yang dijual adalah selamat dimakan.
Namun, langkah berjaga-jaga tetap penting. Basuh buah dengan betul, baca label sebelum beli dan sentiasa peka dengan maklumat daripada sumber rasmi.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Putri Zaleha Abu Hassan
Sumber: Telur Pindang Tradisi Johor, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Baca juga: Makanan Kucing Rupanya Ada Hati Babi, Halal Ke Nak Bagi Si Bulus Makan?
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














