resepi cendawan king oyster

Kalau selalu masak cendawan shiitake, kali ini apa kata cuba resepi cendawan king oyster pula. Katanya, cendawan jenis ini lebih kenyal dan tiada bau cendawan yang kuat.

Gabungan king oyster mushroom dan kacang buncis yang dimasak bersama sos tiram dan blackpepper menjadikan hidangan ini sedap, wangi dan penuh perisa.

Bagi yang belum pernah rasa cendawan king oyster, boleh cuba resipi lengkap yang dikongsikan oleh Niesa Hasan di bawah.

Baca juga: Cara Goreng Cendawan Enoki Rangup, Tak Berminyak & Kekal Garing Walaupun Dah Sejuk!

RESEPI CENDAWAN KING OYSTER MASAK BLACK PEPPER DENGAN KACANG BUNCIS

resepi cendawan king oyster

Bahan-bahan:

  • King oyster mushroom (dihiris)
  • Kacang buncis (dihiris)
  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis secukupnya
  • 1 sudu kecil gula (optional)
  • Serbuk blackpepper secukup rasa
  • Sedikit air (jika mahu kuah)

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga garing dan naik aroma.
  2. Masukkan sos tiram, kacau rata. Tambah kicap manis sedikit demi sedikit untuk warna kuah yang lebih gelap. Jika suka, boleh tambah sesudu gula untuk seimbangkan rasa.
  3. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram sudah masin.
  4. Taburkan serbuk blackpepper mengikut citarasa masing-masing. Jika mahu kuah lebih, boleh tambah sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
  5. Masukkan hirisan king oyster mushroom. Kebetulan ada kacang buncis di peti sejuk, boleh masukkan terus.
  6. Kacau perlahan-lahan dan biarkan selama 4–5 minit sehingga sayur sedikit lembut tetapi masih rangup.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Niesa Hasan

Baca juga: Masak Lemak Cendawan Hitam & Telur Masin, Resipi Sedap Kena Cuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN