cara buat kerabu mangga

Sesiapa yang sedang mencari cara buat Kerabu Mangga yang mudah tapi tetap sedap dan menyegarkan, boleh guna resipi ini. Selain lauk sampingan, ia juga boleh jadi pembuka selera.

Perkongsian daripada Hanie Zarin di Facebook telah mencuri perhatian ramai kerana cara buat Kerabu Mangga yang ditunjukkan sangat mudah diikuti. Jom kita cuba!

Baca juga: Ini Sebab Perlu Hati-Hati Makan Jeruk Mangga, Ada Ibu Gula Jadi ‘Racun’ Senyap Dalam Badan

CARA BUAT KERABU MANGGA

cara buat kerabu mangga

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga muda (buang kulit dan sagat halus)
  • 1 batang lobak merah (sagat bersama mangga)
  • 2 ekor ikan selayang (direbus atau dibakar, ambil isinya)
  • ½ biji kelapa parut (disangai sampai kekuningan)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji cili merah besar (dihiris serong)
  • 5 hingga 10 biji cili api (dihiris)
  • 1 bunga kantan (dihiris halus)
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

cara buat kerabu mangga

Cara-cara buat:

  1. Sagat mangga muda dan lobak merah, satukan dalam satu bekas besar.
  2. Rebus atau bakar ikan selayang, asingkan isi dan buang tulangnya.
  3. Sangai kelapa dengan menggorengnya tanpa minyak sampai kekuningan dan berbau wangi.
  4. Kisar kering isi ikan bersama kelapa sangai (boleh juga ditumbuk kasar).
    Dalam satu bekas besar, masukkan mangga, lobak merah, bahan hirisan, isi ikan bersama kelapa, gula, garam dan serbuk lada hitam.
  5. Gunakan tangan (balut dengan plastik) untuk gaul semua bahan supaya perisa lebih meresap.

Selamat mencuba!

Sumber: Hanie Zarin

Baca juga: Pertama Kali Dengar Sambal Bunga Kantan, Rupanya Lauk Orang Lama Ini Memikat Selera

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending