nasi goreng kampung sedap

Nampak sepinggan Nasi Goreng Kampung sedap panas-panas depan mata, tiada siapa boleh tolak punya. Dari dulu sampai sekarang, menu ini tetap jadi pilihan ramai.

Nasi Goreng Kampung terkenal dengan pedasnya yang beraroma bersama ikan bilis rangup dan kangkung segar. Jika ada lebihan nasi semalam, bolehlah masak hidangan ini di rumah.

Umi Watie telah tunjukkan cara masak Nasi Goreng Kampung sedap dan mudah di Facebook yang boleh diolah mengikut citarasa sendiri. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Tips Buat Nasi Goreng Sedap Macam Dekat Kedai, Hasil Jadi Berderai Cantik!

RESIPI NASI GORENG KAMPUNG SEDAP

nasi goreng kampung sedap

Bahan-bahan:

nasi goreng kampung sedap

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, gorengkan ikan bilis sampai rangup, angkat dan toskan.
  2. Guna baki minyak tadi dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili api yang telah dikisar.
  3. Selepas itu, letak belacan dan isi ayam. Nak letak udang atau sotong juga boleh.
  4. Apabila semua bahan sudah sebati elok, masukkan telur ayam.
  5. Kemudian, perasakan dengan garam sesedap rasa.
  6. Masukkan nasi sejuk yang telah digaulkan. Jika boleh, guna nasi semalam yang tak habis, baru nasi elok tak melekat.
  7. Seterusnya, masukkan sayur kangkung.
  8. Akhir sekali, gaulkan sebati dan matikan api.

Selamat mencuba!

Sumber: Umi Watie

Baca juga: Nasi Goreng Sotong Campur Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Dekat Kedai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN