resepi nasi goreng sotong

Tibanya waktu hujung minggu, selalunya kita akan cari menu cepat, mudah tapi tetap sedap. Jadi, kami cadangkan anda buat resepi Nasi Goreng Sotong untuk keluarga tersayang.

Nasi Goreng Sotong sentiasa menjadi menu paling ringkas dan tak pernah mengecewakan. Paling seronok jika ada lebihan nasi semalam, memang jadi penyelamat utama.

Resepi Nasi Goreng Sotong oleh Har Ryea di Facebook sangat mudah dan kesedapannya memang boleh buat seisi keluarga berselera. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Buat Nasi Goreng Sedap Macam Dekat Kedai, Hasil Jadi Berderai Cantik!

RESEPI NASI GORENG SOTONG

resepi nasi goreng sotong

Bahan-bahan:

  • Nasi putih (1 hingga 2 hidangan, sejuk semalaman lebih sedap)
  • Sotong (dibersihkan dan ditos kering airnya)
  • Ikan bilis (digoreng garing)
  • 2 hingga 3 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (pilihan)
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan tumbuk:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada merah
  • Sedikit cili padi hijau

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau sampai lumat.

2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan sedikit untuk tabur kemudian.

3. Kemudian, pecahkan telur ke dalam kuali. Biarkan sedikit masak, kemudian hancurkan kasar. Ketepikan bersama ikan bilis tadi.

resepi nasi goreng sotong

4. Selepas itu, masukkan bahan tumbuk ke dalam minyak yang sama, tumis sampai naik bau harum dan sedikit garing.

5. Seterusnya, masukkan garam, sedikit serbuk perasa (jika suka) dan serbuk kunyit.

6. Setelah itu, masukkan sotong yang telah ditoskan. Gaul rata dengan bahan tumis sampai sotong masak.

7. Akhir sekali, masukkan nasi putih. Gaul rata sampai semuanya sebati dan nasi berbau harum. Siap untuk dihidang!

Tip tambahan dalam resepi Nasi Goreng Sotong:

  • Sotong perlu ditoskan betul-betul supaya nasi tak berair.
  • Jika suka lebih pedas, boleh lebihkan cili padi hijau.
  • Nasi semalaman lebih sesuai kerana teksturnya tak lembik dan mudah digoreng.

Selamat mencuba!

Sumber: Har Ryea

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Kicap Paling Ringkas, Sedap untuk Satu Keluarga Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN