kuey teow kungfu sedap

Buat anda yang teringin masak hidangan berkuah untuk keluarga tersayang, kami cadangkan anda cuba resipi Kuey Teow Kungfu sedap bersama kuah yang meriah dan nikmat.

Selalunya pesan di kedai makan saja, tapi anda boleh masak sendiri di rumah berpandukan resipi Kuey Teow Kungfu sedap oleh Aisha Shukor di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuey Teow Sup Sedap Ala Kopitiam, Hirup Kuahnya Terasa Nikmat Dunia

RESIPI KUEY TEOW KUNGFU SEDAP

kuey teow kungfu sedap

Bahan-bahan:

  • Kuey teow
  • 3 biji telur
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sedikit halia muda
  • Makanan laut, isi ayam atau daging
  • 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan 2 sudu air)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam
  • Sayur (ikut suka)

Cara-cara masak:

  1. Leraikan kuey teow, masukkan dalam tapis, lalukan dengan air panas dan toskan kering.
  2. Pukul telur dan letak sedikit garam, masukkan kuey teow dalam telur, siap-siap panaskan minyak dalam suku kuali.
  3. Setelah minyak panas, goreng kueyteow salut telur dalam minyak seperti telur dadar.
  4. Biar masak garing sebelah baru terbalikkan, kemudian angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur atau tapis.
  5. Selepas itu, tumis bahan kisar sampai garing dan naik bau.
  6. Masukkan makanan laut, isi ayam atau daging serta lobak merah.
  7. Kemudian, terus masukkan air panas menutupi segala rencah.
  8. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam dan garam, masak sampai menggelegak.
  9. Masukkan kailan, brokoli, bancuhan tepung jagung, kacau dan biar mendidih.
  10. Letak kuey teow dalam pinggan, curah kuah dan segala isinya. Nak makan, baru perah limau nipis atau limau kasturi.

Selamat mencuba!

Sumber: Aisha Shukor

Baca juga: Kuey Teow Ladna Dengan 4 Langkah Mudah, Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN