cara simpan bawang bombay

Bawang bombay antara bahan dapur yang wajib ada sebab fungsinya memang serba boleh. Tak nak cepat rosak atau lembik, kenalah tahu cara simpan bawang bombay yang betul.

Selain beri aroma wangi dan rasa manis semula jadi, bawang bombay juga kaya dengan nutrisi seperti vitamin C, B6, folat dan mineral. Oleh sebab itu, ramai yang gunakannya untuk masak.

Masalahnya, bawang jenis ini cepat lembik dan berkulat jika tak disimpan dengan betul. Jadi, kami kongsikan 6 cara simpan bawang bombay supaya kekal segar dan tahan lama.

Baca juga: Cara Mudah Pastikan Papan Pemotong Kekal Putih, Bersih Walau Masak Hari-Hari!

6 CARA SIMPAN BAWANG BOMBAY SUPAYA TAK CEPAT ROSAK

cara simpan bawang bombay

Kredit gambar: freepik dari Freepik

1. Simpan di tempat kering, sejuk dan gelap.

Pastikan bawang bombay disimpan di tempat kering dan sejuk, jauh dari cahaya matahari. Elak tempat panas atau lembap kerana boleh cepat busuk. Jika nak letak dalam peti sejuk, pastikan betul-betul kering dulu.

2. Guna bekas yang ada pengudaraan.

Pilih bekas seperti bakul anyaman, jaring atau rak berlubang supaya udara boleh keluar masuk. Jangan guna bekas kedap udara. Ia bantu elak kelembapan dan buat bawang bombay tahan lebih lama.

3. Asingkan daripada bahan lain.

Jangan simpan bawang dengan buah atau sayur seperti kentang, tomato dan epal. Buah-buahan ini mengeluarkan gas yang boleh buat bawang bombay cepat rosak. Jika sudah dikupas, asingkan dalam bekas lain dan guna segera.

cara simpan bawang bombay

Kredit gambar: 8photo dari Freepik

4. Elak simpan bawang bombay yang mentah dalam peti sejuk.

Bawang bombay mentah tak sesuai disimpan dalam peti sejuk kerana boleh jadi lembik dan berkulat. Baunya juga boleh melekat pada makanan lain dalam peti.

5. Simpan dalam peti sejuk hanya apabila sudah potong atau masak

Jika bawang bombay sudah dikupas, dihiris atau dimasak, baru sesuai disimpan dalam peti sejuk. Letak dalam bekas kedap udara, boleh tahan 1 hingga 2 minggu, atau hingga 6 bulan jika disimpan dalam ruang sejuk beku.

6. Jangan cuci sebelum simpan.

Jangan cuci bawang bombay sebelum simpan kerana air boleh buat ia cepat lembik dan busuk. Cukup sekadar lap kering dan cuci apabila nak guna saja.

Dengan cara simpan bawang bombay ini, ia tahan lebih lama dan kekal segar seperti baru beli. Taklah membazir kerana sudah lembik atau berkulat sebelum sempat guna.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: freepik & 8photo dari Freepik 

Sumber: Popmama.com

Baca juga: Rahsia Cili Kisar Tahan Lama Sampai 3 Bulan, Tetap Segar & Tak Berkulat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN