kek santan pandan

Memang lain rasanya apabila buat sendiri Kek Santan Pandan di rumah. Bau pandan yang semerbak semasa kek dibakar, sudah cukup buat seisi keluarga terliur untuk makan.

Kek Santan Pandan ialah sejenis kek klasik yang menggabungkan dua bahan utama iaitu pandan dan santan untuk hasil wangi dan lembut seperti kek span.

Kami tertarik dengan perkongsian resipi oleh Fatimah Saari di Facebook yang tak memerlukan banyak langkah rumit. Hanya perlu mix, kaup balik dan bakar. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Santan Gebu & Wangi, Resipi Guna Blender Saja Dapat Hasil Menjadi!

RESIPI KEK SANTAN PANDAN

kek santan pandan

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil serbuk penaik (diayak)
  • 1 sudu besar ovelet
  • 1/3 cawan santan pekat (guna santan kotak juga boleh)
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil emulco pandan
  • 2 hingga 3 titik pewarna hijau
  • 5 sudu besar minyak masak

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan semua bahan kecuali minyak.

2. Kemudian, putar adunan selama kira-kira 10 minit sampai kembang, gebu dan berkrim.

3. Selepas itu, masukkan minyak dan kaup balik perlahan-lahan supaya adunan tak turun.

4. Seterusnya, tuang ke dalam loyang 8 inci yang telah dialas atau disapu minyak.

5. Setelah itu, bakar pada suhu 170°C selama 45 minit.

6. Apabila sudah masak, keluarkan segera dari loyang untuk elak dasar kek jadi lembap. Siap untuk dinikmati!

kek santan pandan

Bukan setakat lembut dan gebu, malah rasa lemak manis santannya cukup seimbang. Memang sesuai dijadikan hidangan minum petang sambil menikmati secawan teh atau kopi panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatimah Saari

Baca juga: Kek Santan Cara Mudah, Pakai 3 Langkah Saja Kek Siap Dan Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN