
Nak sediakan lauk mudah dimasak tapi sedap, cubalah buat resepi Sotong Goreng Kunyit. Apabila dimasak dengan cara yang betul, hasilnya lembut, beraroma dan cukup rasa.
Sotong Goreng Kunyit antara lauk yang sentiasa menjadi pilihan dalam menu di kedai makan. Tak kira masa dan di mana jua, ia tetap menjadi lauk terbaik dengan nasi putih.
Resepi Sotong Goreng Kunyit yang dibuat oleh Mariana Abd Majid di Facebook sangat luar biasa. Hasilnya, sotong jadi lembut tak liat dan serbuk kunyit lebih sekata. Jom kita cuba!
Baca juga: 5 Petua Sotong Tak Liat & Kecut Bila Masak, Ramai Tak Tahu Tips No. 3 Paling Berkesan!
RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
- Sotong (ikut jumlah yang nak masak)
- Minyak masak
- Bawang putih (diketuk)
- Bawang holland (dihiris)
- Cili padi
- Serbuk kunyit
- Garam, gula dan perasa secukupnya
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan kuali dan masukkan sedikit air. Apabila mendidih, masukkan sotong.
2. Apabila air sotong sudah keluar, tutup api dan toskan sotong, kemudian ketepikan dulu.
3. Selepas itu, panaskan semula kuali, tuang minyak (jangan kedekut minyak).
4. Kemudian, tumis bawang putih sampai naik bau.
5. Seterusnya, masukkan sotong tadi dan guna api kuat, jangan terus kacau.
6. Kemudian, tambahkan serbuk kunyit, garam, gula, perasa dan cili padi. Gaul cepat-cepat.
7. Apabila semua sudah cukup rasa dan sotong nampak lembut, baru masukkan bawang holland.
8. Akhir sekali, gaul sekali lagi dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Rahsia untuk masak Sotong Goreng Kunyit yang sedap sebenarnya terletak pada cara kita mengolah sotong dari awal. Jika dimasak dengan cara yang betul, mesti puas hati dengan hasilnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Abd Majid
Baca juga: Resepi Sotong Masak Kicap Cili Api Paling Mudah, Aroma & Rasanya Luar Biasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














