resepi sotong masak kicap

Buat anda yang tiada idea untuk masak apa pada hari ni, apa kata cuba resepi Sotong Masak Kicap Cili Api? Bukan saja mudah, malah resepi ini cepat siap dan sedap dimakan.

Sotong Masak Kicap Cili Api sangat popular dalam masakan Melayu yang menggunakan sotong sebagai bahan utama, dimasak bersama kicap manis dan cili api yang memberikan rasa pedas dan sedikit manis pada kuahnya.

Nak makan sedap tanpa pening kepala, buat saja resepi Sotong Masak Kicap Cili Api yang dikongsikan oleh Sue Zana di Facebook ini dan hasilnya pasti memuaskan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

RESEPI SOTONG MASAK KICAP CILI API

resepi sotong masak kicap

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaul sotong dengan garam dan kunyit.

2. Kemudian, potong halus bawang putih, bawang merah, halia dan cili api.

3. Selepas itu, panaskan minyak dalam kuali.

4. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kemudian masak sampai kekuningan.

resepi sotong masak kicap

5. Seterusnya, masukkan sotong, kicap dan cili api.

6, Akhir sekali, masukkan bawang besar yang sudah dipotong bulat, air asam dan gula (tak perlu letak garam lagi sebab sotong sudah digaul dengan garam tadi). Siap untuk dihidang!

Resepi ini nampak simple, tapi jangan terkejut jika ada yang minta resepi selepas merasainya. Kadangkala, masakan yang paling ringkas itulah yang paling kena dengan selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Sue Zana

Baca juga: Sotong Masak Lemak Padang, Sekali Hirup Kuahnya Memang Kena Dengan Selera!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending