makanan penjara

Kalau kita tengok dalam filem, makanan penjara selalunya nampak tak menyelerakan langsung. Tapi realitinya, menu banduan berbeza mengikut negara masing-masing.

Ada yang sekadar cukup untuk alas perut, tapi ada juga yang lengkap dengan sayur, protein dan buah-buahan.

Menariknya, setiap negara ada cara tersendiri menentukan apa yang sesuai untuk banduan mereka, ikut bajet dan budaya makan setempat.

Jom tengok macam mana rupa makanan penjara di 9 negara berbeza, dari Amerika Syarikat sampai ke Jepun, ada yang mengejutkan dan ada juga yang nampak macam hidangan kantin sekolah!

Baca juga: Sate Malaysia ‘Mendonia’ Di China, 1,500 Cucuk Licin Dalam Masa Tak Sampai 1 Jam!

PERBEZAAN MAKANAN PENJARA DI 9 NEGARA

1. USA

makanan penjara

Menu banduan di Amerika Syarikat selalunya ringkas. Jika dilihat pada gambar, ada kacang, sayur, daging cincang dan sedikit roti jagung.

2. UKRAINE

Di Ukraine pula, menu penjara lebih kepada sup sayur, bubur gandum dan sedikit daging. Ringkas tapi cukup untuk tenaga harian.

3. SLOVAKIA

Penjara di Slovakia biasanya hidangkan roti, sup dan sedikit mentega atau keju. Nampak sederhana, tapi inilah makanan asas mereka setiap hari.

4. GREECE

Menu di penjara Greece pula banyak bergantung pada bajet kerajaan. Biasanya banduan makan nasi, sup sayur, roti dan ayam atau ikan rebus. Tak mewah, tapi masih seimbang dari segi pemakanan.

 5. AUSTRALIA

makanan penjaraDi Australia, makanan penjara lebih teratur dan dikawal dari segi nutrisi. Banduan biasanya dapat daging, sayur, buah dan bijirin. Sesetengah tempat malah bagi peluang banduan bantu masak di dapur penjara.

6. RUSSIA

Makanan penjara di Rusia terkenal dengan rupa dan rasa yang langsung tak menyelerakan. Bubur yang dihidangkan selalunya cuma jisim kelabu yang tawar dan sukar dikenal pasti. Disebabkan kualiti makanan yang teruk, ramai banduan mengalami masalah perut.

Ada yang akhirnya belajar masak sendiri menggunakan bahan dari kantin penjara. Antara “hidangan kreatif” yang pernah mereka buat ialah sapuan coklat ala Nutella, hasil campuran biskut hancur dan serbuk koko.

7. JAPAN

makanan penjara

Penjara Jepun pula antara yang paling teratur. Menu harian biasanya ada nasi, sup miso, ikan bakar dan sayur rebus. Makanan mereka memang sederhana, tapi lengkap dari segi nutrisi dan disiplin tinggi.

8. UNITED KINGDOM

Banduan di UK biasanya dapat makanan seperti pasta, sayur, ayam, roti, bebola daging dan kentang goreng. Ada juga program khas yang benarkan mereka masak sendiri sebagai latihan berdikari. Sekurang-kurangnya nampak lebih bersih dan tersusun.

9. CHINA

Makanan di penjara China biasanya tidak begitu menyelerakan. Selalunya, banduan hanya mampu makan telur rebus, popia dan sepotong kek, manakala selebihnya sukar untuk dimakan.

Sumber: TikTok @this.our.worlds

Baca juga: Ibu Bapa Bekalkan Sosej Dan Nugget Setiap Hari, Akhirnya Anak 3 Tahun Disahkan Hidap Diabetes

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN