
Ingatkan spesies daun pandan berwarna ungu, rupanya inilah yang orang panggil pokok Adam Hawa atau nama lainnya Nenas Kerang. Di sebalik warnanya yang menarik, khasiat Daun Adam Hawa sebenarnya sangat banyak untuk kesihatan.
Daun Adam Hawa terkenal sebagai tanaman hiasan kerana daunnya cantik yang hijau di atas dan ungu kemerahan di bawah. Bagi orang lama, ia bukan sekadar hiasan tapi digunakan sebagai rawatan semula jadi untuk pelbagai penyakit sejak turun-temurun.
Memandangkan ramai yang tertarik dengan pokok unik ini, kami kongsikan antara khasiat Daun Adam Hawa yang memang luar biasa. Jom kita tengok khasiatnya!
Baca juga: Khasiat Limau Purut Rupanya Boleh Redakan Sakit Gigi, Saiz Kecil Tapi Kaya Manfaat!
KHASIAT DAUN ADAM HAWA

1. Melawaskan kencing dan rawatan kencing kotor.
Air rebusan akar pokok ini dipercayai membantu melancarkan pembuangan air kecil dan mengurangkan rasa tak selesa akibat kencing kotor.
2. Meredakan selsema, batuk dan sakit tekak.
Bunganya yang dikeringkan lebih kurang 20 hingga 30 kuntum boleh direbus dan diminum untuk melegakan saluran pernafasan.
3. Merawat buasir dan berak berdarah.
Campuran air rebusan daun dan bunga dengan sedikit gula kabung dikatakan membantu mengurangkan radang dalaman.

4. Kurangkan bengkak dan radang kulit.
Daunnya yang ditumbuk boleh dijadikan pes untuk ditampal pada kawasan kulit yang bengkak atau luka bagi mempercepat penyembuhan.
5. Sakit sendi dan lenguh badan.
Daun yang dipanaskan dan ditempel pada bahagian sendi membantu meredakan rasa nyeri dan bisa-bisa badan.
6. Masalah hati dan darah.
Ada juga yang mengamalkan rebusan daun ini untuk bantu pulihkan fungsi hati (lemak hati), masalah darah tinggi serta peredaran darah tidak lancar.
Daun Adam Hawa boleh dijadikan minuman herba dengan cara dan sukatan tertentu. Cuma perlu diingat, wanita hamil tak digalakkan minum kerana dikatakan boleh menyebabkan keguguran.
Pendek kata, khasiat Daun Adam Hawa memang unik tapi berguna. Bukan sekadar cantik menghijaukan laman, tapi juga kaya dengan potensi kesihatan semula jadi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Kaylina Din
Baca juga: Bukan Sekadar Buah Saja Sedap, Rupanya Air Rebusan Daun Durian Belanda Ada 7 Khasiat Tersembunyi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














